Pengikut

Khamis, 11 November 2010

KENYATAAN KUMPULAN GABUNGAN ANTI ANWAR,AZMIN

KENYATAAN MEDIA
GABUNGAN 10 Nov 2010
CABANG-CABANG PARTI KEADILAN RAKYAT
YANG PRIHATIN



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Isu manipulasi serta penyelewengan pengurusan pemilihan pimpinan tertinggi Parti Keadilan Rakyat yang diadukan kepada Presiden semalam, oleh Naib Presiden , Sdr. Mustaffa Kamil Ayub yang juga calon jawatan Timbalan Presiden, harus diambil berat oleh pucuk pimpinan parti demi memastikan kewibawaan parti terus terpelihara. Siasatan segera harus dilakukan oleh Jawatankuasa Pemilihan Pusat bagi menjawab aduan yang disampaikan oleh Sdr. Mustafa Kamil dan juga oleh beberapa pihak yang lain sebelum ini.
Sistem dan Proses Pemilihan Pimpinan Pusat harus dipastikan Bersih, Bebas dan Adil .

Adalah tidak wajar jika terdapat mana-mana pihak khususnya Ahli JPP dan juga Petugas Pemilihan dilihat berpihak kepada calon-calon tertentu dan terlibat memanipulasi serta menipu undi. Fenomena tersebut telah dikesan berlaku di dalam beberapa insiden sebelum ini yang mana turut di adukan oleh Sdr. Mustafa Kamil dan juga ahli yang lain kepada JPP dan juga kepada sekretariat parti.

Oleh itu adalah amat wajar sekali Pucuk Pimpinan Parti dengan segera mengarahkan siasatan terhadap aduan dan sementara menantikan hasil siasatan dan tindakan susulan, maka Proses Pemilihan yang sedang dilakukan sekarang ini harus segera ditangguhkan. Kami sebagai pimpinan akar umbi KEADILAN tidak dapat menerima hakikat wujudnya walaupun satu penipuan atau penyelewengan di dalam proses pemilihan pimpinan parti , yang akan diberi amanah memimpin parti dan rakyat seluruhnya di masa akan datang.
Dari kami:-


Ketua Cabang Putrajaya
Ketua Cabang Tampin
Ketua Cabang Telok Intan

Ketua Cabang Rompin
Ketua Cabang Temerloh

Ketua Cabang Pensiangan
Ketua Cabang Petaling Jaya Utara

Ketua Cabang Sg Siput
Ketua Cabang Sembrong

 Ketua Cabang Maran
Ketua Cabang Kuala Pilah

Ketua Cabang Tambun
Ketua Cabang Paya Besar

Ketua Cabang Jerantut
Ketua Cabang Bagan Datoh

Ketua Cabang Bagan Serai
Ketua Cabang Bentong

Ketua Cabang Tapah
Ketua Cabang Keningau

Ketua Cabang Kuala Kangsar
Ketua Cabang Tanjung Malim

Ketua Cabang Kota Kinabalu
Ketua Cabang Ipoh Barat

Ketua Cabang Seremban

1 ulasan:

  1. Ketua Cabang Ghombau tak ado ke ??hahahahahahahha ,,,,,,,,

    BalasPadam