Pengikut

Selasa, 23 November 2010

PERKARA YANG DIADU KEPADA PRESIDEN

Sementara itu, perkara lain yang diadukan kepada Wan Azizah antaranya:
  • Berlaku penolakan anggota JPP yang dicadangkan secara tidak munasabah, sebaliknya menerima anggota jawatankuasa itu yang "tua dan terketar-ketar" serta "buta IT".
  • Berlaku pertukaran pencalonan seperti di Tampin apabila pengkalan data parti meletakkan nama Shamsul Iskandar sedangkan menurutnya cabang itu sahih mencalonkannya (Badrul Hisham).
  • Jumlah undi melebihi daripada jumlah keluar mengundi yang dicatat pada buku daftar mengundi. Perkara itu didakwa berlaku di beberapa tempat, antaranya Kubang Pasu yang mana kehadiran anggota didakwa sekitar 70 orang tetapi kertas undi pula hampir 200 di dalam kotak.
  • Jumlah kehadiran pengundi meragukan di beberapa tempat. Laporan itu mendakwa, berdasarkan makluman anggota setempat, di Sandakan dan Libaran, paling tinggi kehadiran hanya sekitar 200 orang tetapi jumlah pengundi sehingga 900 orang.
  • Terdapat keputusan undi "yang pelik" dalam laman web parti yang tidak konsisten. Laporan itu mendakwa ada jumlah undi yang "berubah ditengah-tengah minggu".
  • Di cabang Beluran, ketua AMK cabang itu melaporkan pusat pengundian ditutup awal setengah jam, menyebabkan terdapat anggota AMK gagal mengundi.sini

2 ulasan:

  1. Bhai,

    Bahagian 1

    1. Aku juga baca aduan chegu bad. Aku juga puji tindakannya mengemukakan aduan secara bertulis dan mengikut saluran parti yang betul.

    Aku juga ada menonton video ucapan SUA PKR dalam taklimat mengenai pemilihan parti ( aku baca blog CKChew).

    Aku juga faham adat pertandingan, yang bertanding hendak menang, fokus tertumpu kepada mencapai kemenangan. aku faham dalam keghairahan nak menang bermacam-macam cara kreatif diguna dan yang tak kreatif seperti yang dilapurkan berlaku. Tektik ala UMNO la, ala PAS la, ala MIC la semua timbul.

    2. Membaca aduan cikgu bad, yang dilaporkan oleh MSM dan menontotn video taklimat SUA PKR - aku berasa lega kerana keputusan PKR meneruskan pemilihan ini dan bergerak kedepan.

    Semua penyelewengan yang berlaku aku yakin berlaku. Tetapi ia adalah merupakan satu rahmat dan pengalaman berguna untuk PKR dalam mengadakan pemilihan terus oleh setiap ahli di malaysia ini dimasa hadapan. Apatah lagi semua yang terlibat dari pemimpin utama, barisan kepimpinan, JPP, calon-calon bertanding, penyokong-penyokong dan ahli-ahli tidak pernah melalui proses pemilihan seperti ini, tidak pernah ada precedent sebelum ini, inilah merupakan pengalaman pertama dan semua orang meraba dalam gelap sahaja.

    Pengalaman-pengalaman dan kepincangan ini adalah satu yang amat berharga kepada parti, pemimpin, dan ahli disemua peringkat dan usaha untuk memperkukuhkan parti dimasa hadapan.

    bat8

    BalasPadam
  2. Baghagian 2

    3. Benar aduan chegu bad bahawa kepincangan berlaku dibanyak tempat dan negeri. Mengikut SUA PKR, sebanyak 289 aduan diterima yang melibatkan kes-kes seperti yang dilapurkan oleh chegu bad.
    SUA juga melapurkan 70,000 ahli telah keluar mengundi.

    4. Aku melahirkan rasa optimis aku setelah membaca aduan cikgu bad, laporan MSM dan lapuran SUA PKR atas beberapa alasan. Kepincangan yang dilapurkan adalah bersifat setempat( local)atau pockets je dan lebih disebabkan oleh keghairahan untuk menang sehingga pelbagai tektik "foul" digunakan. Penyelewengan ini tidak bersifat nasional dimana ia dilakukan secara sistematik dan menyeluruh keseluruh negara oleh kem calon-calon bertanding.

    Aku percaya ada yang beli undi tetapi secara pilih-pilih sahaja kerana melibatkan jumlah wang yang banyak. Berapa orang je calon yang sanggup berbelanja berjuta-juta macam dalam UMNO?

    Kedua, pemilihan berlangsung dilebih 200 cabang seluruh negara. Berapa cabang je yang yang bermasaalah dari 200+ ini? Sebahagian besar ok je.

    5. Jadi kita jangan hilang perspektif besar perjuangan Pakatan Rakyat. Matlamat kita nak jatuhkan UBN dan bina masa depan yang lebih baik untuk anak cucu kita. Masaalah pemilihan dalam PKR ini masaalah kecil sahaja yang akan diperbaiki oleh PKR.

    Pemilihan PKR ini juga adalah proses mengenalpasti kelemahan parti,pembersihan dan mengenalpasti anasir-anasir perosak/musuh parti. Musuh besar telah keluar seorang.

    akhir kalam, mari kita lihat dari sudut yang lebih besar. kelemahan memang ada dan bersyukur kelemahan itu telah ditunjukkan sebelum PRU 13.

    bat8

    BalasPadam