Pengikut

Isnin, 8 November 2010

MUSTAFFA KAMIL AYUB MINTA PEMILIHAN DITANGGUHKAN SEGERA

Mustaffa Kamil Ayub, seorang lagi calon jawatan timbalan presiden PKR menegaskan, sudah sampai masanya proses pemilihan pusat PKR ditangguhkan sementara segala kepincangan yang didakwa wujud diselesaikan sepenuhnya. 

Sehubungan itu, Mustaffa yang juga Naib Presiden PKR berkata, beliau akan mengemukakan satu memorandum komprehensif mengenai isu-isu yang timbul sejak proses pemilihan pusat dimulakan 29 Oktober lalu kepada sekretariat parti untuk tindakan.

Bagaimanapun kata Mustaffa, sama ada beliau akan mengekori keputusan Datuk Zaid Ibrahim yang memutuskan untuk menarik diri daripada bertanding jawatan nombor dua itu, bergantung pada tindakan diambil pucuk kepimpinan terhadap memorandum tersebut.

“Kita tengok dulu hasil tindakan berhubung memorandum (yang akan dihantar kepada sekretariat),” kata beliau kepada sini mengenai tindakan Zaid yang diumumkan menerusi blognya awal pagi ini.

Mustaffa mengulas perkembangan yang menyelubungi proses pemilihan parti, antara lain Zaid meletakkan semua jawatan dalam PKR dan menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden di sebalik siri dakwaan bahawa pemilihan dicemari kecacatan dan tidak dijalankan dengan adil.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan