Pengikut

Selasa, 23 November 2010

JANGAN PERCAYA ANWAR

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pihak luar semakin tidak percaya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dengan itu kerajaan tidak perlu bimbang dan menghalangnya daripada ke luar negara bagi mengelak ketua pembangkang itu daripada terus menghina Malaysia.

Lagipun, kata bekas Perdana Menteri, jika Anwar dihalang ke luar negara, ini akan menimbulkan kemarahan terhadap kerajaan, dan kerajaan akan berdepan dengan pelbagai tuduhan.
"Kita tak patut halang dia keluar negara. Saya tak fikir kita patut takut kepada dia. Kita buat macam itu, orang lagi jadi marah kepada kita, benci kepada kerajaan. Nanti mulalah orang cakap kerajaan itu dan ini.

"Tak apalah, saya ingat orang lain pun tak percaya kepada dia dah, siapa nak percaya. Kalau saya, saya tidak peduli. Bukan orang itu yang nak mengundi, yang mengundi orang di sini," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Eastern Pacific Industrial Corporation (Epic) Berhad di Kemaman Supply Base kawasan Perindustrian Teluk Kalong di Kemaman hari ini. :TUN M

Tiada ulasan:

Catat Ulasan