Pengikut

Selasa, 9 November 2010

CALON AMK ,WANITA JUGA AKAN TARIK DIRI?

Keputusan Calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim menarik diri daripada pertandingan merebut jawatan Timbalan Presiden dan meletakkan semua jawatannya dalam parti - berkemungkinan mendatangkan lebih banyak musibah kepada parti tersebut yang menghadapi penipuan dalam pemilihan parti. 

Penasihat parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Zaid membuktikan dakwaan bahawa terdapat penyelewengan dalam pemilihan parti tersebut.


Beberapa perkembangan lain: Beberapa calon yang bertanding merebut jawatan tinggi termasuk di sayap Wanita dan Pemuda dikatakan bersedia untuk menarik diri. Mereka mengadu pucuk pimpinan partig gagal menyelesaikan dakwaan berlakunya pemanipulasian dalam undian.  

Zaid mendakwa beliau ialah penyampai yang berlantang suara dan mewakili pandangan kebanyakan penyokongnya.  Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution berkata, nama Zaid masih tertera pada kertas undi dan beliau masih merupakan calon bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden kerana belum menyerahkan surat peletakan jawatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan