Pengikut

Selasa, 9 November 2010

CALON NAK KALAH RIUHKAN KAMPUNG

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata setakat ini hanya enam aduan rasmi diterima berhubung perjalanan pemilihan pimpinan tertinggi PKR.

Sekali gus, beliau menyisihkan dakwaan dua calon timbalan presiden, Datuk Zaid Ibrahim dan Mustaffa Kamil Ayub sebelum ini bahawa lebih banyak aduan dibuat terhadap perjalanan pemilihan PKR.



"Di tengah hiruk pikuk ini, jawatankuasa pemilihan pusat hanya terima enam aduan secara rasmi.

"Kenapa masih riuh di luar sedangkan hanya enam aduan diterima," kata Saifuddin  dalam sidang media di ibu pejabat parti itu petang ini.

Jelasnya, tiga daripada aduan tersebut masing-masing diterima dari Pulau Pinang, Kelantan dan Negeri Sembilan.

Katanya, pemilihan juga akan diteruskan di sebanyak 133 cabang lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan