Semua pimpinan parti komponen BN diminta supaya sentiasa turun padang untuk bertemu rakyat agar mereka tahu bahawa BN merupakan satu-satunya parti yang terus berjuang untuk kepentingan rakyat.
Muhyiddin Yassin berkata urusan untuk menggerakkan program parti ke peringkat akar umbi adalah tanggungjawab bersama kerana ia juga merupakan langkah persediaan dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.
“Saya cadangkan semua parti komponen parti turun lihat keadaan yang ada di bawah, cari jalan penyelesaian masalah mereka dan ambil tindakan yang lebih sesuai untuk bantu rakyat.
“Ini supaya mereka tahu bahawa BN adalah satu-satunya parti yang terus memperjuangkan kepentingan mereka dan akan menjamin masa depan mereka yang lebih baik lagi,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Nasional Gerakan.
Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata beliau dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga Pengerusi BN sendiri akan turun ke setiap negeri untuk memastikan setiap masalah yang dihadapi rakyat dapat diselesaikan sebelum pilihan raya umum akan datang. sumber
Tiada ulasan:
Catat Ulasan