Pengikut

Ahad, 7 November 2010

PERAK NEWS: SPR MESTI TEGAS DAN TELUS-ZAMBRY KADER

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu mengenakan tindakan tegas terhadap parti bertanding yang tidak mengikut peraturan dalam pilihan raya.
 

Zambry Abd Kadir berkata, suasana panas dalam pilihan raya disebabkan kecelaruan yang ditimbulkan parti bertanding.

“Pengundi tiada masalah sebaliknya setiap parti perlu mendisiplinkan anggota mereka supaya tidak bertindak keterlaluan di luar batasan undang-undang.


“Ini dapat dilihat dalam pilihan raya kecil Batu Sapi apabila setiap parti yang bertanding boleh duduk bersama dalam suasana yang tenang dan saling menghormati,” katanya kepada media selepas merasmikan Kolokium Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Perak.


Menurutnya, setiap parti perlu mematuhi peraturan dan arahan SPR dalam memastikan suasana kekecohan seperti baling botol dan memukul antara satu sama lain tidak berlaku.


“Tempoh bertenang 24jam sebelum pengundian yang dicadangkan SPR bergantung kepada perlakuan parti dan pengundi di kawasan itu.


“SPR perlu menguatkuasakan undang-undang sedia ada termasuk parti bertanding mengikut peraturan,” katanya.


Terdahulu, SPR mencadangkan peraturan tempoh bertenang 24 jam dan proses penamaan calon selama tiga hari yang merupakan inti pati kandungan kepada Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981 untuk membendung kekecohan dan keganasan oleh penyokong parti bertanding.:


Zambry yang juga Pengerusi BN berkata, SPR wajar mengenakan hukuman seperti penalti berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada sekiranya parti bertanding masih enggan mematuhi peraturan.


“SPR juga mungkin berdepan dengan kekurangan kakitangan dan di bahagian pelaksana yang mana parti bertanding sepatutnya perlu bertanggungjawab untuk menjaga kelakuan penyokong mereka dan suasana tersebut,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan