Pengikut

Jumaat, 12 November 2010

YANG HANG PI RUMAH DIA BUAT APA..?

KATA-KATA MUSTAFFA : Beliau juga mendakwa akhbar Berita Harian melakukan kesilapan dalam keterangan gambar yang bertulis "Mustaffa Kamil (kiri) dan Zaid menunjukkan memorandum mendesak Anwar dan Azmin supaya berundur, pada sidang media di kediaman Zaid di Kuala Lumpur, semalam".

"Saya membantah sekeras-kerasnya laporan yang salah di dalam caption gambar tersebut kerana memorandum yang ditunjukkan di dalam gambar tersebut bukan sama sekali untuk mendesak Datuk Seri Anwar dan Sdr Azmin berundur.

"Sepertimana yang telah saya nyatakan sebelum ini, memorandum yang saya hantar pada 9 November 2010 tersebut adalah untuk meminta pembatalan dan penjalanan semula pemilihan kepimpinan Keadilan 2010 dan kandungannya diketahui oleh Datuk Seri Anwar dan Datuk Seri Dr Wan Azizah.

"Sidang media memaklumkan penyerahan memorandum mengenai JPP dihadiri oleh Datuk Zaid dan setelah selesai, saya meninggalkan sidang, yang kemudian diteruskan oleh Datuk Zaid tanpa kehadiran saya," tegasnya.

Bagaimanapun, sehingga ini, Mustaffa masih belum menyentuh tentang kata-dua 48 jam yang diberikannya kepada ibupejabat PKR.

1 ulasan: