Pengikut

Ahad, 7 November 2010

USAHA MEMBURUKAN AZMIN AKAN BERTERUSAN SEHINGGA TAMAT PEMILIHAN MPP

Parti Keadilan Rakyat (PKR) menafikan siri dakwaan aktivis sosial Haris Ibrahim bahawa kertas-kertas undi pemilihan pusat parti itu, yang berlangsung sejak 29 Oktober lalu, kini dijual oleh kem Azmin Ali. 


Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail menyifatkan dakwaan itu sebagai “kenyataan liar Haris.” 

“Borang yang Haris dedahkan itu adalah minggu lepas punya, sepatutnya sudah dihapuskan. 

“Lagipun, warna borang minggu ini adalah berbeza dengan warna minggu lepas. Kalau  ada jual beli kertas undi, mana kertas undi minggu ini,” kata beliau.


Selain itu kata beliau, Jawatankasa Pemilihan Pusat (JPP) juga tidak menerima apa-apa  aduan walaupun sistem pemilihan kali ini membolehkan setiap calon yang bertanding menghantar ejen proses pengundian dan pengiraan undi (PACA) di setiap pusat pengundian. 

“Kalau ada anasir jual kertas undi, tentunya PACA paling awal menyerang JPP, bukan seorang blogger liar,” kata beliau lagi. 

Pentadbir Pemilihan PKR Raden Shamsulkamar Raden Shamsudin juga menafikan perkara itu dengan menegaskan, beliau juga ingin tahu butiran lanjut mengenai tuduhan itu. 

“Tidak benar... sebenarnya saya pun nak tahu dari mana, berapa banyak kertas undi boleh dibeli, harganya, tetapi kami telus (dalam mengendalikan pemilihan),” kata beliau lagi kepada: sumber

Tiada ulasan:

Catat Ulasan