Pengikut

Selasa, 9 November 2010

TAK PERLU NOTIS-ZAID IBRAHIM

Sambil mendakwa sudah tidak lagi diperlukan oleh kepimpinan parti, Datuk Zaid Ibrahim tidak akan menghantar notis rasmi memaklumkan yang beliau sudah pun menarik diri daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR.


“Mengapa harus saya berbuat demikian? Saya sudah pun membuat pengumuman dalam blog saya. Itu sudah cukup bagus.

“Jika saya tidak menghantar notis rasmi, apa yang mereka akan lakukan,” tanya Zaid  ketika dihubungi sumber


Menjawab soalan bahawa beliau masih merupakan calon dalam saingan jika tidak berbuat demikian, Zaid menolak tanggapan itu dengan menekankan bahawa beliau tidak nampak keperluan menghantar sebarang surat rasmi kepada kepimpinan parti.

Dalam kenyataan terdahulu, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata, Zaid masih dalam saingan timbalan presiden memandangkan sekretariat pemilihan parti masih belum menerima notis yang beliau telah menarik diri daripada bertanding.

Bercakap kepada The Malaysian Insider Saifuddin berkata, pengumuman dibuat menerusi blognya pagi ini bukan satu notis rasmi untuk menarik diri daripada bertanding jawatan nombor dua itu.

“Sehingga beliau menghantar notis rasmi, beliau masih kekal dalam persaingan. Media hanya memetik pengumuman beliau daripada blognya,” kata Saifuddin.

3 ulasan:

  1. Kalau dalam parti tak nak ikut peraturan macam mana? Kalau ada pendirian diri pun, pendirian tu mesti juga ikut peraturan sedia ada, bukan ikut sedap hati/perasaan. Masa umum jadi calon pun kena ikut saluran/peraturan parti, kenapa bila tarik diri ikut aturan sendiri?

    BalasPadam
  2. Zaid ni cerdik tapi Benggong !!!! kata org kampong den bodoh tak leh di ajar dan pandai tak leh di ikut !! apo kata Zaid tubuhkan parti baru dia jadi Preside dan kaum kerabat nya dia jadi ahli !!!!!!!

    BalasPadam
  3. Kalau dia boleh berjaya kerana bantuan UMNO dahulu sehingga digantung atas perlakuan Politik Wang UMNO dan kemudian keluar megkhianati perjuangan dan kepercayaan UMNO, kenapa dia tidak boleh melakukan kepada parti lain? PKR terlalu penat asyik layan orang sebegini. Bertanding atas tiket PKR di PRK Kuala Selangor hingga menyusahkan petugas-petugas parti bagi memenangkan beliau, akhirnya apabila terasakan bahang kekalahan di pemilihan baru di peringkat parti, lari macam kerbau balar takutkan singa. Elok sangatlah dia "cau", sebelum dia menjadi pemimpin tertinggi jika sikap dan pendirian beliau akan menyusahkan para ahli dan reform 98. Pertunjuk tuhan adalah amat jelas.

    BalasPadam