Timbalan Presiden PKR Syed Husin Ali berkata sekiranya beliau tidak mempertahankan jawatannya, kekecohan dalam pemilihan parti mungkin berlaku seandainya "pelakon utamanya" serupa.
"Ada kawan-kawan berkata inilah sebenarnya punca kekecohan yang berlaku dalam pemilihan parti.
"Saya percaya jikalau saya pertahan jawatan pun, kekecohan mungkin berlaku juga seandai pelakon utamanya serupa," katanya.
Dr Syed Husin menjelaskan, keputusannya tidak mempertahankan jawatan dibuat adalah pilihan sendiri.
"Ini hasil pilihan saya sendiri. Saya telah membuat keputusan untuk mengundurkan diri dari jawatan timbalan presiden. Bukan ketua umum, bukan Azmin Ali," katanya sewaktu menyampaikan ucapan perasmian bagi Kongres Wanita dan Angkatan Muda PKR (AMK).
Dalam ucapannya, beliau berasa gembira berbaur sedih kerana menyampaikan kerana ini ialah kali terakhir beliau berucap untuk merasmikan Kongres Wanita dan Angkatan Muda.
salam sahabat, sekarang adalah waktu bersabar, ketika genting akan kelihatan wajah2 sebenar.
BalasPadam