Pengikut

Ahad, 14 November 2010

SIFAT HJ MUS- DENGKI,BUSUK HATI DAN RETORIK

 Pemilihan MPP di Cabang Pasir Salak,terpaksa dibuat dibawah pejabat apabila bekas Pemangku Ketua Cabang Pasir Salak Hj Mustaffa Kamil Ayub yang juga calon Timbalan Presiden tidak membenarkan pejabat itu digunakan sebagai pusat pemilihan MPP. 


Menurut kata Ketua Cabang Pasir Salak Hj Osman Abd Rahman(Calon MPP), salah seorang bekas AJK Cabang telah menghantar sms pada jam 12.45 pagi(Sabtu) memaklumkan kepada beliau bahawa tidak dibenarkan menggunakan pejabat untuk tujuan pemilihan atas ARAHAN HJ MUSTAFFA KAMIL AYUB.Bagi menyelesaikan situasi itu, Ketua Cabang terpaksa menyewa 3 buah khemah secara tergesa-gesa bagi mengelak timbul sebarang masalah.


Ternyata perasaan dendam dan iri hati masih tebal dalam diri Mustaffa.Layakkah beliau untuk diangkat sebagai Timbalan Presiden..? 

Alasan yang beliau berikan, tuan empunya rumah kedai tersebut tidak beri kebenaran..? Ye ke tuan kedai tak bagi kebenaran..? mengapa masa pemilihan cabang tidak timbul sebarang masalah..!  

Ketika pemilihan cabang di Pasir Salak yang lalu, semasa ucapan aluan, beliau telah menyatakan kepada ahli-ahli yang hadir supaya memilih beliau sebagai Ketua Cabang kerana beliau adalah bakal Menteri Besar Perak sekiranya PR kembali memerintah negeri. 

Itu belum cerita bagimana beliau berjumpa Datuk Seri Anwar bersama-sama YB Yunus, Jamal dan Osman dan menuntut supaya beliau dilantik sebagai MB Perak (walaupun kalah) semasa PR menubuhan Kerajaan Negeri Perak waktu itu. Belum bertanding dah mengaku sebagai MB Perak..Sedarlah wahai Hj Mus..ahli cabang menolak kamu mentah-mentah.


Kalau berceramah,bercakap soal Islam dialah NO 1, tapi sifat yang ada dalam diri beliau tidak pernah beliau muhasabah.

 Ahli sedang mengundi diluar pejabat

 Pegawai JPP

 Peti Undi( bersebelah bengkel motosikal)

Pintu masuk pejabat cabang yang dikunci

2 ulasan:

  1. Aduhai! Sampai hati Mus buat orang partinya sendiri macam sedara tiri (sedara 1 ibu lain bapak). Bagaimana nanti kok benor dia jadi menteri besor, tentu dia akan aniaya PAS dan DAP sebab deme berdua ni cuma sedara anjin (anak mak tiri dari suami dulu) je. Udah le tu Mus.

    BalasPadam
  2. Aik... baru tau? aku tau lama dah!

    BalasPadam