Pengikut

Isnin, 8 November 2010

DARIPADA OTAKLUNYAI KEPADA DATUK ZAID

Tu sebabnya tidak keterlaluan jika kita mengatakan dalam 26 juta rakyat malaysia hanya ada segelintir sahaja manusia yang berjiwa pejuang seperti Anuar Ibrahim... Zaid kena faham bahawa sumbangan orang berilmu sepertinya amat diperlukan dalam perjuangan Pakatan yang baru berusia setahun jagung. 

Memang banyak masalah yang perlu diperbetulkan dalam Pakatan kerana Zaid kena faham bahawa orang-orang yang didalam Pakatan itu sendiri adalah orang yang telah dididik secara songsang dalam berpolitik oleh umgok termasuk beliau sendiri. Jadi kalau Zaid mengharapkan sesuatu yang drastik dari Pakatan dengan segala macam pengkhianatan dan sabotaj dari umgok laknatullah beliau silap. 

Beliau bukanlah seorang yang berperinsip atau fahan dengan apa yang diperjuangkan.. beliau sebenarnya masih lagi tidak ikhlas 100% dalam perjuangan dan mungkin dalam hati kecil Zaid, beliau masih lagi berharap sesuatu yang peribadi dalam perjuangannya biarpun dalam bentuk sanjungan atau pujian dari ahli parti.

Zaid sepatutnya berfikir dengan ilmu yang ada padanya bagaimana untuk mengatasi masalah dalam Pakatan yang mana beliau sendiri sedar dan tahu masalah yang melanda itu seperti yang beliau sebutkan.

Susahlah kalau semua pemimpin nak merajuk... senang sangat nak berasa hati dan kecil hati bila sesuatu perkara berlaku tidak mengikut apa yang diharapkan. Beliau sepatutnya memandu dan merancang hasil untuk beliau dan Pakatan perolehi dalam konteks rakyat.

Ini sikit merajuk, sikit-sikit merajuk dan cari publisiti, buat kenyataan keluar parti, tetapi dalam masa yang sama buat kenyataan akan terus berjuang demi perinsip. Ini semua kata-kata kekecewaan dari seorang pejuang yang telah putus asa yang akan merosakkan orang lain. 


Zaid telah membuka peluang kepada musuh Pakatan untuk bertindak dan dalam masa yang sama zaid dapat memuaskan hati dan melepaskan sakit hatinya melalui cara itu... tanyalah hati kecil sendiri Zaid.. betulkan... kamu lemah Zaid.

Zaid pun nampaknya mempunyai mentaliti yang setaraf dengan rakyat biasa... mungkin sedikit atas tetapi tidak cukup untuk membawa aspirasi perjuangan untuk menentang kezaliman yang telah bertapak dalam negara ini selama 53 tahun.

Berfikirlah guna otak yang Allah beri bukannya guna kepala lutut wahai Zaid Ibni Ibrahim..

Hanya perjuangan kerana Allah S.W.T dan AgamaNya sahaja mampu bertahan kerana perjuang itu diasaskan oleh Keimanan kepada Allah S.W.T. bukan kerana manusia dan nafsu sendiri.. ALLAH HU AKBAR!!!


oleh:otaklunyai

Tiada ulasan:

Catat Ulasan