Pengikut

Selasa, 9 November 2010

LEPAS 1,1 MASALAH LAGI..BILA NAK ABIS NI, DATUK SERI?

Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Datuk Zaid Ibrahim yang mendakwa proses pemilihan parti - yang menggunakan kaedah langsung  buat julung kali — diselubungi kecacatan dan manipulasi agar menyediakan bukti untuk mempertahankan dakwaan beliau. 

Ketua Umum Pakatan Rakyat ini berkata, partinya sudah pun menjawab dakwaan aktivis sosial Haris Ibrahim semalam berhubung penjualan kertas undi pemilihan pusat yang berlangsung sekarang.

“Saya percaya kepimpinan parti boleh membincangkan perkara ini lebih lanjut (dengan Zaid). Kami sudah pun membincangkan  perkara ini dengan setiausaha agung dan isu yang dibawa dan yang berkaitan dengan blogger Haris Ibrahim telah dijawab dan dia tidak respons kepada jawapan kami.

“Dakwaan dia adalah dakwaan liar,” kata Anwar di lobi bangunan Parlimen hari ini. sini

Anwar juga mengingatkan Zaid bahawa apa jua keputusan pemilihan yang kemungkinan tidak memihak, tidak harus menjejaskan komitmen seseorang pemimpin ke atas perjuangan parti.

Penasihat PKR ini juga berkata, beliau belum menerima sebarang makluman rasmi daripada  Zaid berhubung keputusannya menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden dan melepaskan kesemua jawatan dalam parti.

“Kami tidak terima apa-apa, tidak... tidak. Jika saya mungkin menawarkan nasihat saya, dari sudut pandangan saya, ini (pemilihan parti) hanya persaingan normal.

“Ia tidak harus memberi kesan ke atas komitmen terhadap perjuangan parti,” katanya lagi.

Anwar juga berkata, tidak perlu diadakan sebarang mesyuarat untuk membincangkan keputusan Zaid.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan