Pengikut

Isnin, 8 November 2010

JANGAN SEBAB PEMILIHAN MPP, AKIDAH PUN DIGADAI

Apa yang menarik setakat ini di Sabah, Azmin mendahului dengan agak selesa dengan undi keseluruhan  1449 undi, manakala Datuk Zaid dengan 605 undi. Hj Mustaffa (Hj Mus) Pengerusi MPN Perak hanya mendapat 19 undi saja daripada Cabang- cabang yang telah selesai memilih calon-calon Naib Presiden .

Harapan Hj Mus untuk mendapat undi  di Sabah setakat ini tidak bergaya. Bukan tak berjaya..berjayalah kerana dapat undi walaupun 19 undi.

Azmin dapat undi yang agaknya tinggi di Cabang Beruas dan Cabang Batu Gajah, dua-dua di Perak. Mengapa ada yang mempertikaikan keputusan tersebut, macam tak percaya ahli-ahli  Beruas boleh bagi 183 undi kepada Azmin dan Hj Mus hanya dapat 4 undi di Batu Gajah. Pauk-Kaum Hj Mus pertikai..hentam sana sini.


Ini bukan soal tak puashati pada sapa-sapa, tapi sama-sama paham dan sama-sama timbang...tak semua manusia tu sempurna...baik Azmin..baik..Zaid..apatah lagi Hj Mus...kita ini manusia biasa dan hanyalah seorang Hamba kepada yang Maha Agung.

Mengapa puak-puak Azmin tak mempertikaikan langsung apa yang berlaku di Cabang Parit, Azmin dapat 0 undi..tak ada ahli yang berani mengundi Azmin di Cabang Parit. Mengapa...? mesti ada sebab?..atau ahli-ahli di Cabang Parit memang TAKSUB dengan Hj Mus...? atau memang geramkan Azmin sebab Azmin tak pernah telefon Ketua Cabang?

Orang dulu pernah berkata..ukurlah baju pada badan sendiri.

Jangan terlalu mengikut perasaan...jangan terlampau TAKSUB kepada calon-calon Naib Presiden masing-masing. Tak kira Calon Ketua AMK atau Ketua Wanita..jangan terlampau TAKSUB...mereka semua tu hanyalah manusia biasa.. Jangan disebabkan pemilihan MPP..Akidah pun tergadai.

Ini bukan memilih siapa Khalifah yang berhak memerintah dunia..tapi memilih Timbalan Presiden PKR..sebuah parti politik yang berdaftar secara sah di ROS saja.

Patut-patut leeee !!!!!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan