Pengikut

Khamis, 4 Februari 2010

BERITA SUBUH-BUKAN MARCH TAPI MAY...BERSEDIALAH PR






Salah seorang Ketua UMNO Bahagian dalam keadaan sedar tak sedar telah melepaskan cakap bahawa DUN Perak akan di bubarkan pada bulan MAY, bukan seperti dijangkan ramai pihak yang mengatakan DUN akan dibubarkan pada bulan March ini sempena cuti persekolahan.....mampos aku , katanya, sambil meminta 5-6 orang sekelilingnya mengunci mulut...!

Dan sebelum itu, beliau mengatakan, penamaan calon hari sabtu dan mengundi sabtu minggu berikutnya (boleh siap bagi tarikh lagi) ,
kita tidak akan buat musim cuti sekolah.......bior PR susah, pengundi luar tak kan balik....orang melayu tak sokong PR, hanya harapkan pengundi cina saje, katanya lagi.

Dan beberapa pihak yang "berat" kepada BN juga sedang cuba mendapatkan maklumat-maklumat dari orang-orang tertentu mengenai siapa bakal calon-calon PR....!!!!


berhati-hati .... jangan cakap sembarangan...!

Sebelum tido basuh kaki dulu...jangan sampai ada yang mengigau...!



.........................

Mahkamah Persekutuan bakal mengumumkan penghakiman terhadap kes "Menteri Besar Perak yang sah" pada 9 Februari yang akan datang. Ini merupakan saluran terakhir Menteri Besar Pakatan Rakyat (PR) di Perak, Mohd. Nizar Jamaluddin (gambar kiri) untuk merayu melalui sistem kehakiman sejak dilucutkan dari jawatannya.


Seandainya Mahkamah Persekutuan menyetujui penghakiman Mahkamah Rayuan, maka Menteri Besar Barisan Nasional, Zambry Jamaluddin adalah Menteri Besar yang sah. Maka, Nizar Jamaluddin gagal memulihkan jawatannya sebagai Menteri Besar melalui saluran kehakiman yang lain. Sebaliknya, seandainya Mahkamah Persekutuan menolak penghakiman Mahkamah Rayuan, Nizar Jamaluddin akan kembali menjadi Menteri Besar.



Menurut maklumat dari sumber PR, penghakiman oleh lima orang panel ini memihak kepada PR. Oleh itu, PR yakin bahawa mereka akan menang dalam perbicaraan ini, malah berjanji akan menghadap Sultan untuk memohon agar DUN dibubarkan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan