Pengikut

Jumaat, 5 Februari 2010

DIMANA POLIS/FRU KETIKA MEREKA BAKAR LIM GUAN NG







Aktivis Islam dari pelbagai NGO mengadakan demonstrasi di sebuah masjid di Jalan Macalister, Georgetown sebelum dan selepas solat Jumaat hari ini kerana membantah layanan kerajaan negeri terhadap orang Melayu-Islam Pulau Pinang.


Demonstrasi selama hampir 45 minit di luar masjid yang terletak kira-kira 100 meter dari Komtar itu, adalah anjuran Sedaq - gabungan kira-kira 50 NGO Melayu-Islam.



Ia diadakan sebagai membantah dakwaan berlakunya diskriminasi dan peminggiran orang Melayu-Islam di Pulau Pinang oleh kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng.


***** 50 tahun dulu UMNO membuang orang Melayu, hangpa tak bising pun, hangpa jadi pak turut umno...la ni hangpa buat macam -macam.... tak malu ka...



Sambil memakai ik
at kepala sambil meluangkan 'Sedaq' dan laungan 'Hidup Melayu', mereka mengecam kerajaan negeri kerana didakwa tidak memperduli dan menghiraukan nasib orang Melayu-Islam Pulau Pinang.


Mereka juga bertindak membakar patung Guan Eng di l
uar bangunan Komtar, dan anggota bomba kemudian memadamkannya.


Sebelum itu, kerajaan negeri telah menaikkan kain rentang yang memaparkan data bantuan yang diberi kepada golongan miskin pelbagai bangsa.


Ia menjelaskan bahawa tindakan mengusir penjaja tanpa lesen di negeri itu oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang adalah dibuat secara saksama.

Kain rentang anti-kerajaan negeri turut dibawa oleh mereka yang menyertai demonstrasi tersebut. Demonstrasi tersebut diadakan selepas mendapat permit polis yang dikeluarkan oleh pemangku ketua polis daerah Timur Laut, Gan Kong Meng.


Bagaimanapun, para pegawai polis mahu menghenti ucapan mereka daripada diteruskan selepas didakwa "melampau hadnya".
Mereka kemudiannya berucap dalam nada yang agak lebih lembut.


******INI SEMUA KERJA NAK RAMPAS KERAJAAN PULAU PINANG DAN MEMBAKAR SERTA MAINKAN ISU PERKAUMAN UNTUK MENAKUTKAN RAKYAT...
UMNO LEBIH TERUK BUAT RAKYAT, HANGPA TAU TAKKKKK !!!!!!!!!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan