Luahan dari guru-guru dan tenaga pendidik yang semakin resah dengan arahan yang telah dikeluarkan oleh pihak kementerian bagai tidak diendah lagi.Di bawah merupakan antara keluh kesah tenaga pendidik yang tidak diendah oleh kerajaan UMNO-BN yang mana memberikan kesan langsung kepada perkembangan pelajar-pelajar sekolah .
1.Pihak pentadbiran Sekolah harus membayar sendiri bil utiliti yang mana sebelum ini diuruskan oleh Jabatan Pendidikan Negeri. Maka terdapat sekolah yang memiliki makmal komputer tetapi tidak boleh digunakan disebabkan menggunakan kadar elektrik yang tinggi.
2.Skim susu percuma akan dihentikan serta-merta.
3.Peruntukan RIMUP (integrasi antara kaum) dihentikan terus.
4.Sistem kupon kelas tuisyen untuk pelajar asrama yang telah dihentikan serta merta.
5.Tiada lagi peruntukkan makanan bagi pelajar asrama di hujung minggu.
6.Memotong peruntukan buku-buku untuk perpustakaan desa.
7.Penyaluran Rancangan Makanan Tambahan (RMT) akan diperketatkan lagi.
8.Bantuan baju uniform kokurikulum yang sememangnya wajib dipakai dihentikan serta merta.
Dalam pelbagai skandal yang melibatkan wang pembayar cukai dari isu kecurian enjin jet , skandal PKFZ , skandal Projek Landasan Berkembar Elektrik Ipoh Rawang yang melibatkan ribuan juta.
Mengapakah anak-anak kita dan pihak pendidik yang harus menjadi mangsa dengan pemerintahan UMNO-BN yang tidak langsung memikirkan nasib dan masa depan mereka untuk menjadi penyambung kepimpinan negara.
sumber:tawanmalaysia.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan