
Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Tan Sri Dr Nordin Kardi, hari ini dijatuhi hukuman denda RM5,000 atau sebulan penjara selepas didapati bersalah menghina mahkamah apabila gagal melaksanakan satu perintah injunksi yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi di sini, Julai lepas.
Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Zamani Abdul Rahim, yang membuat keputusan itu dalam kamarnya menjatuhkan hukuman denda RM5,000 terhadap Dr Nordin, atau sebulan penjara jika gagal menjelaskan jumlah itu dalam tempoh dua minggu mulai hari ini.

Pada 8 Julai lalu, sebuah syarikat penganjur program pengajian Sarjana Pengurusan Perniagaan (MBA) UUM, memperoleh perintah injunksi Mahkamah Tinggi di sini bagi menghalang universiti itu meneruskan program berkenaan.
Sementara itu, peguam Datuk Hashim Jahaya yang mewakili Dr Nordin berkata beliau akan berbincang dengan anak guamnya sama ada akan merayu keputusan itu atau tidak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan