Pengikut
Isnin, 1 Februari 2010
UNTUK RAKYAT MARHEAN.....DIMANA KITA SELEPAS INI?
Jika mengikut pertuduhan esok, maka DSAI tidak akan boleh di jamin kerana kesalahannya sama seperti kesalahan jenayah ( kes bunuh )...
Bila kes dibaca, maka tertuduh harus ditahan dengan alasan untuk melindungi saksi.... Ni adalah skrip untuk menahan DSAI lebih lama di penjara Sg Buloh mulai esok dan tidak tahu bila berakhirnya episod...
Soalnya berapa lama "orang kuat" DSAI mampu bertahan.....?
berapa lama aktivis PKR yang mampu bertahan sekiranya DSAI berada di dalam.....?
"orang kuat" serta "aktivis" yang berkepentingan...??????
dan mampukan MP - ADUN PKR bertahan dengan asakan BN selepas ni....?
dan bagaimana pula sikap dan sifat "kawan" dalam Pakatan Rakyat selepas ini....?
Kita pernah melihat apa yang berlaku pada tahun 2004. Bagaimana perpecahan serta perbedaan pendapat sesama parti waktu itu yang mengakibatkan PKR serta PAS jatuh tersungkur begitu teruk....
PKR hanya tinggal Datin Seri Wan Azizah saja waktu itu, ramai kawan-kawan meninggalkan PKR dan menjadi ahli UMNO....memusnahkan harapan penyokong-penyokong setia waktu itu.... konon hilang kepercayaan kepada Parti, pergi mampos la..!!!!
Dan apabila kembalinya DSAI daripada Penjara Sg Buloh, maka berduyun-duyunlah yang datang sehingganya ada yang telah pun bergelar "YB" ....dan kini "YB-YB" itulah juga yang jadi pengkhianat kepada parti.....mencerca DSAI dan mencerca Parti. Orang kerdil dan kecil, bukan mudah jadi nak jadi "pengkhianat".
Mungkin kita tak mampu puaskan hati semua pihak...kita pasti gagal..tapi tak semestinya kita akan terus gagal...kita lalui banyak kejayaan dan kegagalan...kali ni paling teruk...kerana kita berjaya disegi politik tapi gagal dalam siasah syariah serta kebajikan pejuang rakyat..!!!
Kadang-kadang waktu susah era reformasi lebih baik dari sekarang...kita berusaha dengan lebih kuat. Kita ada kuasa sikit, jangan jadi golongan pelahap ambil kesempatan...!!! tapi Allah Maha Berkuasa...percayalah kuasa Allah mengatasi segala-gala- nya.
Biar porak-peranda sekarang....jangan...bila berkuasa penuh nanti...silap-silap kita sendiri yg mereka tahan untuk ISA kan....
Siapa yang mampu bertahan, bukan untuk mempertahankan DSAI tapi mempertahankan Prinsip serta Perjuangan Parti.....???
Tanyalah diri selepas ini...mahu terus atau berundur sehingga DSAI dibebaskan kali kedua....
Jadilah generasi pelapis yg baik...jika tidak PKR tak kemana...
lihat PAS walaupun ulama dan berasaskan Islam..mereka pun goyang...tapi mrk cepat2 kembali kepada Al-Quran bila goyang...kita perlu bersedia dengan dugaan lebih teruk dari sekarang...
Yang pasti harap semua tentera semut turun ke Jalan Duta esok..nyatakan sokongan kepada DSAI..walaupun tak pernah 1 sen pun ANWAR dan Keluarganya memabatu kita...penting Prinsip Perjuangan untuk Rakyat dan Mangsa Yang Dizalimi....
Lupakan soal kepentingan kedudukan dan harta-wang ringgit buat sementara waktu, tekad dalam perjuangan, benar-benar ikhlaskan hati, berjiwa seperti manusia sebenar, jika tidak sanggup, silalah keluar..jangan jadi duri dalam daging selepas ini...
Bukan untuk Anwar, tapi untuk Rakyat Marhean !!!!
Reformasi...! Reformasi...! Reformasi...!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan