Pengikut

Rabu, 10 Februari 2010

BOLEH KE DENGAN PUAK-PUAK NI...?






Teman tu tak kisahlah kalau demi kebaikan rakyat perak, Nizar nak berbaik dengan Zambry (Kerajaan)...tapi masalahnye, bukan kita tak tau umno ni perangainya macam mana...semua orang tahu...kalau dikerat 8 sekali pun, umno ni memang teman tak percaya...buat le macam sekali pun....jenis-jenis penipu, pengkhianat..ni yang kita nak buat baik...

Mungkin Nizar ada ramuan yang baik untuk menyejukkan Zambry....kalah le teman!


Malahan PR bersedia menghulur dan menyambut tangan Zambry untuk membangunkan negeri Perak dan bertindak sebagai Pembangkang yang efektif. Kenyataan ini disampaikan oleh YB Dato' Hj Nizar Jamaluddin dalam satu sidang akhbar PR yang diadakan selepas selesai mesyuarat bersama dengan pimpinan PR negeri dan adun-adun PR Perak.


Pimpinan PR lain yang turut hadir Pesuruhjaya PAS Perak Ust. Abu Bakar Husein, YB Dato' Ngeh Khoo Ham, YB Tai Sing Ng, YB Sivakumar, YB Khalil Idham Lim, Dr. Khairuddin Datuk Abd. Malek dan semua ADUN PR Perak.



( tengok le gaya zambry )


Walau bagaimanapun menurut Hj Nizar sebagaimana yang disepakati oleh semua pimpinan dan Adun PR, Zambry dan UMNO BN negeri Perak mesti menunjukkan keikhlasan dalam menghulurkan tangan kepada PR untuk bekerjasama dalam membangun dan memajukan rakyat dengan meneruskan dasar-dasar kebajikan, ketelusan, kewibawaan, keadilan dan amanah.

Selain itu sebagai tanda keikhlasan, Zambry juga hendaklah meneruskan amalan kerajaan PR sebelum ini membenarkan semua premis milik kerajaan negeri turut dibenarkan kepada semua parti politik pembangkang menggunakannya untuk program bersama rakyat.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan