Pengikut

Isnin, 8 Februari 2010

PERSATUAN ANAK PERAK UTARA DI TUBUHKAN






Rakyat Perak di perantauan yang menyokong Pakatan Rakyat khususnya di utara Semenanjung disaran berpayung di bawah Persatuan Ikatan Anak Perak di Perantauan yang akan ditubuhkan di Pulau Pinang tidak lama lagi.



Pengerusinya, Ahmad Idzam Ahmad ketika berucap dalam pertemuan pertama anak-anak Perak di Pulau Pinang bertempat di Yayasan Aman, di sini semalam memberitahu, melalui naungan itu anak-anak Perak boleh berkenalan dengan lebih dekat di samping membentuk ukhuwah, berkebajikan serta membantu meningkatkan kesedaran dan kemajuan Negeri Perak.




Bagi beliau, menerusi persatuan itu nanti semua aktiviti boleh diagendakan termasuk bergerak dalam rangka menjana kemenangan di Perak sekali lagi pada pilihan raya umum ke-13 nanti.




Katannya, selain dapat bertukar-tukar pandangan rakyat Perak juga dicadang menyedarkan rakan taulan supaya mementingkan pendaftaran pengundi.




"Masa pilihan raya kita boleh buat macam-macam kaedah untuk mencari pengundi tetapi jika mereka yang bergiat aktif mengabaikan tanggungjawab tidak daftar diri sebagai pengundi yang sah, semuanya hancur," ujarnya.




Sebelum ini, katanya persatuan hanya berkisar di Lembah Klang di mana seramai 1,500 orang anak Perak telah menyertainya.




Semasa pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang tahun lalu, ramai anak Perak yang menyokong Pakatan Rakyat bertungkus lumus memastikan kemenangan terus kekal di tangan PAS.




Sesiapa yang berada di luar Perak boleh menghubungi penyelaras penaja persatuan Ahmad Baharudin atau lebih dikenali Mat Habuna di talian 019-5771488.



1 ulasan:

  1. Saya Laili Binti Mohamed Noor. telah menjadi ahli Persatuan Anak Melayu Perak seumur hidup. Kenapa sampai sekarang saya sudah tidak dapat apa2 info tentang kegiatan anak melayu perak di selangor.

    BalasPadam