Pengikut

Selasa, 9 Februari 2010

SAPA MB : TERKINI SETAKAT INI....





Jumlah penyokong berbaju kuning semakin bertambah dalam lingkungan 100 orang



Nizar dan Zambry belum kelihatan. Peguam kedua-dua pihak bagaimanapun sudah masuk ke dewan mahkamah


Berdasarkan tinjauan yang dibuat di luar Istana Kehakiman, ramai pihak tidak berpuas hati tidak dibenarkan masuk ke lobi mahkamah.




Nizar kelihatan menghadapi kesukaran memasuki lobi mahkamah sebelum dibenarkan masuk ke mahkamah.



Kekecohan timbul apabila antara 2-3 penyokong Nizar yang menghantar Nizar ke pintu mahkamah ditarik keluar pihak polis.




cerita sebelum ini...

17 Mac 2008:



Datuk Seri Mohammad Nizar, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Pasir Panjang, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak.




1 Februari 2009:


Speaker DUN Perak, V Sivakumar menerima surat peletakan jawatan Adun Behrang, Jamaluddin Mat Radzi dan Adun Changkat Jering, Mohd Osman Jailu. Kedua-dua Adun PKR nafi meletakkan jawatan.



3 Februari 2009:



Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan tidak berlaku kekosongan kerusi Dun Changkat Jering dan Behrang serta tidak perlu mengadakan pilihan raya kecil bagi kedua-dua kawasan itu.


4 Februari 2009:


Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak ketika itu mengumumkan BN Perak kini mempunyai majoriti mudah untuk menubuhkan kerajaan apabila tiga Adun PKR dan seorang Adun DAP keluar parti dan menjadi Adun Bebas yang menyokong BN. BN Perak dan Pakatan Rakyat masing-masing mempunyai 28 kerusi dalam DUN manakala tiga lagi Adun ialah anggota Bebas.



para penyokong ingin masuk ke dalam mahkamah




5 Februari 2009:



Kenyataan media pejabat Sultan Perak menyatakan bahawa Sultan bertitah tidak akan membubarkan DUN dan menitahkan Mohammad Nizar dan Ahli Majlis Mesyuarat Negeri meletakkan jawatan dan sekiranya enggan maka jawatan mereka akan dianggap kosong.



6 Februari 2009:



Dr Zambry dilantik sebagai Menteri Besar Perak Ke-11 menggantikan Mohammad Nizar. BN secara rasmi mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri Perak.



13 Februari 2009:



Mohammad Nizar mengambil tindakan undang-undang memohon mahkamah mengisytiharkan beliau masih Menteri Besar yang sah selain memohon injunksi melarang Dr Zambry daripada menjalankan tugas sebagai Menteri Besar.



n 6 Mac 2009:



Hakim Mahkamah Tinggi Lau Bee Lan merujuk kepada Mahkamah Persekutuan bagi mendapatkan penjelasan mengenai isu perlembagaan.



n 23 Mac 2009:



Mahkamah Persekutuan memutuskan agar kes Mohammad Nizar lawan Dr Zambry dikembalikan ke Mahkamah Tinggi.



3 April 2009:



Mohammad Nizar diberi ‘lampu hijau’ oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mencabar kesahihan pelantikan Dr Zambry sebagai Menteri Besar Perak berikutan keputusan Hakim Abdul Aziz Abdul Rahim bahawa permohonan difailkan Mohammad Nizar adalah tidak remeh, tidak menyusahkan dan mempunyai kes prima facie.



11 Mei 2009:



Mahkamah Tinggi mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah kerana mendapati beliau tidak pernah mengosongkan jawatan sebagai Menteri Besar kerana tidak kehilangan kepercayaan majoriti Adun.



12 Mei 2009:



Dr Zambry kekal sebagai Menteri Besar Perak sehingga Mahkamah Rayuan menyelesaikan kes rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah apabila Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Ramly Ali membenarkan permohonan Dr Zambry bagi penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi.



22 Mei 2009:



Keputusan Mahkamah Tinggi dibatalkan oleh Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan pelantikan Dr Zambry adalah secara sah dan mengikut perlembagaan.



19 Jun 2009:



Mohammad Nizar memfailkan notis usul permohonan untuk kebenaran merayu ke Mahkamah Persekutuan keputusan oleh Mahkamah Rayuan.




5 November 2009:



Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang bersidang menangguhkan keputusan kes itu pada 9 Februari 2010 selepas selesai mendengar hujahan.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan