Pengikut

Selasa, 9 Februari 2010

TAU BERSYUKUR TAPI BILA KALAH TAK MAU MENGAKU






Tau pulak berSyukur...tapi bila kalah tak tahu pulak nak menerima kekalahan...sanggup memerangkap , sanggup membeli dan sanggup menyediakan pelacur !!!! bukan ke kerja haram jadah !!!

Bila UMNO tumbang saja di perak, bagaimana sikap Dato SS serta DO-DO...mereka tidak mahu langsung bagi kerjasama...mengapa mereka tidak mahu kerjasama dengan Kerajaan PR masa itu....? mereka pulak yang jadi tukang sabotaj...memang jenis perangai haram jadah...penipu, pengkhianat deme-deme ni....

Semua orang tahu, semua jentera kerajaan menyebelahi mereka...itu sebabnya keputusan hari ni, banyakannya boleh mengagak apa kesudahannya....!!!!

Tengok gelagat UMNO Selangor bila kalah, macam-macam bagi tekanan, guna SPRM sampai mati "kawan" tu dikerjakannya...

Tak ada isu buat isu...ni ke yang dikatakan Kerajaan Rakyat....?

Tak tau le bagaimana orang melayu menilai BN selepas ni...sanjung tinggi ke lagi deme ni...berbangga ke orang-orang melayu dengan UMNO?


Kenyataan MB Mahkamah.....


Zambry Abdul Kadir menganggap keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini yang mengisytiharkan beliau sebagai menteri besar Perak yang sah, memberi kesedaran kepadanya untuk melaksanakan tugas dengan sebaik-baiknya demi kepentingan rakyat negeri itu.


Bersyukur dengan keputusan tersebut Zambry berharap semua rakyat akan kembali bersatu tanpa mengira fahaman politik.


"Ini masa untuk kita bersatu dan juga untuk bekerja. Inilah harapan dan doa saya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Menteri-Menteri Besar dan Ketua Menteri bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di pejabat Perdana Menteri, di Putrajaya hari ini.



Beliau diminta mengulas mengenai keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini yang mengisytiharkan pelantikan beliau oleh Sultan Perak Sultan Azlan Shah adalah sah mengikut Perlembagaan.



Ditanya mengenai amanat Perdana Menteri kepada beliau, Zambry berkata Najib mengingatkannya agar menjalankan tugas sebaik mungkin dan mahu semua agenda untuk rakyat di negeri itu dlaksanakan.



Beliau juga menegaskan tidak akan terbawa-bawa dengan permainan politik yang mungkin ditimbulkan pembangkang selepas ini.


1 ulasan:

  1. Samalah, jangan nak kata mengata. Rakyat melihat semuanya. Bagi mereka yang taksub membabi buta, buta hati dan buta sejarah sahaja yang mahu mengikut jalan songsang.

    BalasPadam