Pengikut

Isnin, 1 Februari 2010

TEMURAMAH BERSAMA TUN M TENTANG KU LI n KJ





Ramai tahu sejarah Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Tengku Razaleigh Hamzah.


Walaupun pernah "perang besar" rebut jawatan presiden UMNO, kedua-dua mereka dilihat dalam kapal yang sama ketika mengkritik pimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi.




Dr Mahathir juga pernah "perang" dengan Khairy Jamaluddin dalam isu tingkat empat yang didakwa menguasai pentadbiran Abdullah.




Sabtu, Dr Mahathir mengulas dua isu menarik membabitkan Ku Li yang berceramah mengenai royalti minyak yang turut dihadiri pemimpin utama PAS di Kelantan.




Khairy pula berdepan ura-ura kononnya didesak letak jawatan oleh Exco Pemuda dalam mesyuaratnya Khamis.




Antara sesi temuramah Dr Mahathir ketika sidang media selepas beliau merasmikan Perkasa Negeri Selangor di Hulu Klang.


Hadir sama Presiden Perkasa, Datuk Padukan Ibrahim Ali yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas.




Soalan: Tun, Ku Li berceramah di pentas bersama pemimpin PAS Kelantan isu royalti minyak. Apakah UMNO boleh mengambil tindakan terhadapnya kerana ceramah itu?




Dr Mahathir: Saya pun tak dengar ceramahnya. Saya tak berani nak kata. Apa yang dia kata? Tanya Ibrahim Ali...?




Perkara ini perlu kaji betul-betul. Jangan jadi macam Terengganu. Kerajaan Persekutuan belanja wang ihsan tetapi sekarang kerajaan Terengganu kata itu, bukan wang ihsan tetapi kerajaan Pusat punya perbelanjaan.


Terpulanglah apa akan berlaku di segi undang-undang.




Soalan: Tun bersetuju kalau Ku Li dilantik pengerusi bagi mengendalikan atau menyelia wang ihsan kerana PAS Kelantan tidak mahu menyertai Jawatankuasa dilantik Kerajaan Pusat?




Dr Mahathir : Saya nak kena fikir dan kaji benda ini. Tanya Ibrahim Ali kerana dia orang Kelantan....?




Soalan : Tun, dalam mesyuarat Pemuda UMNO dua hari lalu, ada dakwaan kononnya Exco desak Ketua Pemuda lepas jawatan kerana dikatakan gagal jalankan tugas?




Dr Mahathir :Yang saya tahu, tidak pernah berlaku yang mana Ketua Pemuda diminta supaya jangan berkempen (pilihan raya).


Kalau dia berkempen, parti akan kalah. Ini luar biasalah. Masa saya di Perak, masa (pilihan raya) Bukit Gantang. Orang sana tak nak Ketua Pemuda datang. Kata mereka, datang orang itu, kita kalah. orang Melayu benci sangat. Bukan orang Cina benci.




Saya tak tau lah macam mana dia menang. Sebab itu saya suruh belajar matematik dalam Bahasa Inggeris sebab nak kira 700 undi, ambil masa tujuh jam. Ada sesuatu yang luar biasalah. Patut sejam saja boleh habis, ini tujuh jam.




Soalan: Jadi Tun rasa, ini juga punca kepimpinan Khairy tidak boleh diterima barisan Pemuda sekarang?




Dr Mahathir :Bukan sebab itu saja. Memang dari dulu lagi kepimpinan beliau tidak diterima.


Dia jadi Naib Ketua Pemuda kerana tiada orang lain dibenar bertanding dan dia menang tanpa bertanding. Itu cara dia lah, dengan ringkas Tun Mahathir menjawab...




nota:



Memang patut Ku Li dipecat daripada UMNO, sekiranya UMNO sebuah parti yang gagah berani dengan prinsip.




KJ tidak seharusnya meletakan jawatan sebagai Ketua Pemuda...KJ bukan dilantik tetapi dipilih oleh perwakilan pemuda...bagaimana beliau menag itu cerita lain.Pemuda UMNO sepatutnya mempertahankan Ketuanya sendiri..malah harus mendesak Najib supaya melatik KJ sebagai Menteri atau Timbalan Menteri...





Tiada ulasan:

Catat Ulasan