Pengikut

Khamis, 11 Februari 2010

ZAMBRY SIKIT PUN TAK HERAN - KITA JE...






Asyik kita je nak buat baik...dia tak sambut pun...malah bersangka buruk pulak dah...

Belum ada dalam sejarah negara...UMNO baik tanpa niat...baik ada makna....

Yang kita je sibuk nak debat, nak berbicang, nak muzakarah...UMNO sikit pun tak heran...zambry siap kutuk lagi...siap menuduh lagi...siap perli lagi..nak gunakan dewan pun Zambry tak kasi...padan muka teman...itu le umno...umno...


Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata pembangkang seharusnya tidak meletakkan pelbagai syarat dan permintaan sekiranya mereka ikhlas untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri.





Beliau berkata isu itu juga seharusnya tidak ditimbulkan pembangkang kerana sudah menjadi polisi kerajaan untuk sentiasa bekerjasama dengan semua dan membantu rakyat tanpa mendiskriminasikan mana-mana pihak.



"Tak perlulah memberi syarat dan tekanan. Kita perlu ikhlas untuk membantu rakyat kerana sasaran dan matlamat kita yang utama ialah membantu rakyat. Bukannya dengan memberi syarat atau memberi ugutan itu dan ini.



"Mereka pun tahu waktu zaman mereka memerintah, apa yang mereka buat, tetapi saya tidak mahulah mengikut apa yang mereka lakukan. Membantu rakyat jelata, itu yang menjadi kayu pengukur antara kita," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini Rabu.




Zambry berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai beberapa permintaan yang dikemukakan pembangkang sebelum mereka bersedia bekerjasama dengan kerajaan negeri.



Semalam, bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata parti gabungan PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak mahu kerajaan negeri yang dipimpin Zambry memenuhi beberapa tuntuan mereka.



Ini termasuk membenarkan mereka menggunakan kemudahan dewan orang ramai, menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Negeri dan Jawatankuasa Tindakan Daerah serta memberi peruntukan kewangan kepada Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) pembangkang.




Zambry juga tidak menolak kemungkinan permintaan tersebut hanyalah sebahagian taktik pembangkang untuk mengheret kerajaan negeri kepada satu permasalahan baru dan menjadikannya sebagai isu politik sekiranya kerajaan menolak permintaan tersebut.



1 ulasan:

  1. ahhhhhhhhhh!!! lantak pi kat mugebe tu... hati sama itu kulit... luar dalam itam

    BalasPadam