

SOALAN : ADAKAH DATUK GUNAKAN NGO UNTUK KEPENTINGAN POLITIK DATUK ?
Siapa yang kata, lantak dialah. Saya peduli apa? Itu persepsi dia. Saya nak guna untuk politik kenapa sebab saya memang ahli parlimen. Apa perlunya saya gunakan NGO lagi.
Sebelum inipun ada NGO lain yang saya jadi ahli.
That is what I call a dirty question. Just to provoke and ridicule saya. Cuma hendak lagakan saya dengan Umno.
SOALAN: ADAKAH DATUK AMBIL KESEMPATAN ?
Tak ada ambil kesempatan. Saya sebagai seorang pejuang, sebagai ahli politik sepanjang masa saya berjuang untuk bangsa saya di mana saja berada.
Jadi saya buat ini tidak ada kena mengena dengan sesiapa pun. Ini soal hati nurani kita, soal kesedaran kita. Persepsi orang macam-macam. Bila kita buat ada yang cemburu, bila kita berjaya ada yang dengki, kemudian ada yang buat berbagai-bagai tafsiran, seperti soalan anda tadi.
Itu pun soalan yang boleh memberi tafsiran yang salah.
Saya tidak kisah semua itu dan semua orang berhak membuat sumbangan dan saya membuat sumbangan dengan cara yang ikhlas, tak ada kena mengena sebab orang itu tidak buat atau orang ini tidak buat.
Dari dulu lagi kita berjuang untuk agama bangsa dan negara jadi tidak timbul sebab yang disebutkan tadi.
SOALAN : ADAKAH DATUK MELIHAT UMNO GAGAL MEMPERJUANGAN MELAYU?
Tak ada kena mengena, saya tidak mahu komen. Itu pandangan kita masing-masing. Pada Umno, Umno berjaya. Pada perdana menteri, mungkin dia berpendapat apa yang dia buat sekarang ini berjaya.
Cuma, apa yang NGO buat ini adalah untuk tambah nilai ke arah yang lebih baik lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan