Pengikut
Isnin, 15 Mac 2010
HAPUSKAN "SYAITAN BESAR" DALAM PKR PERAK
Ketua Cabang PKR Ipoh Barat, Fauzi Muda...yang bertengkar dengan MSK baru ni,sehinggakan membuat laporan polis, hari ni mengeluarkan kenyataan, terdapat "Syaitan Besar" dalam PKR Perak...
Beliau mendesak Ketua Umum PKR supaya menghapuskan terus "Syaitan Besar" dalam PKR Perak...sapa yang dimaksudkan oleh Fauzi teman pun tak tau...????
Menurut Fauzi, PKR Perak kini dah jauh lari daripada landasan sebenar PKR...pemimpin yang ada sekarang di Perak, adalah mereka yang membawa agenda peribadi, punyai kabilah masing-masing, mengukuhkan kedudukan dan mahu terus berkuasa walaupun tidak mempunyai kaliber sebagai seorang pemimpin..... serta menjadikan PKR Perak ini seperti milik peribadi.
Ada "Syaitan Besar" yang sedang bermaharajalela di dalam PKR Perak...berpolitik secara kotor serta amat memalukan sehinggakan beliau kini menjadi mangsa kepada " Syaitan Besar" ini.
Disebabkan "Syaitan Besar" ini jugalah beberapa golongan pejuang tulen dan ikhlas mula rasa gelisah dan akan meletakan jawatan dalam PKR Perak...buat apa berjuang kalau tidak dihargai !
Beliau antara pengasas PKR Perak, meluat melihat gelagat pemimpin yang hanya bertopeng, pada hal mereka inilah yang akan menjahamkan PKR Perak...ramai rakan-rakan yang telah membina PKR Perak selama 10 tahun ini, bekerja dengan bertungkus lumus...wang ringgit jangan dipersoalkan...berhabis untuk parti, tapi apabila golongan"Syaitan Besar" ini menguasai parti..hancur dan musnah parti yang dibina selama ini...
Beliau merayu Anwar Ibrahim agar mengambil tindakan serta mereformasikan semula PKR Perak. Jika tidak, PKR Perak akan hilang taring serta pengaruh di kalangan penyokong Pakatan Rakyat.
p/s: banyak-banyak bersabo Abg Ge...AMK Cabang Abg Ge...macam mana dah selesai ke...???
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan