
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menolak tuntutan dua kerajaan negeri Pakatan Rakyat untuk mengadakan pilihan raya di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Menurutnya, pilihan raya PBT tidak perlu diadakan kerana ia hanya menyebabkan wujudnya politiking.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim beliau juga akan mengutus surat kepada SPR bagi mengendalikan pilihan raya tempatan negeri itu.
Pilihan raya kerajaan tempatan ditiadakan lebih 40 tahun lalu berikutan pengenalan Akta Kerajaan Tempatan 1976 yang memansuhkannya.
Desakan agar pilihan raya PBT diadakan semula semakin mendapat sokongan sejak beberapa tahun kebelakangan ini kerana orang ramai tidak berpuas hati dengan dakwaan pentadbiran serta pengurusan kewangannya yang lemah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan