Pengikut

Ahad, 14 Mac 2010

TIDAK SAMPAI 24 JAM: BUBAR PALIMEN





Kumpulan penunjuk perasaan anti-kerajaan akan meneruskan demonstrasi Isnin dengan berarak ke ibu kota ini bagi menyampaikan tuntutan mereka kepada kerajaan.




Pemimpin Barisan Bersatu bagi Demokrasi menentang Diktator (UDD) Nattawut Saikua hari ini berkata mereka akan berjalan mulai 9 pagi dari Jambatan Phan Fa di Ratchadamneon Aveue di mana pentas utama perhimpunan besar-besaran itu didirikan, menuju Rejimen ke-11 Infantri, iaitu lokasi pusat kawalan keselamatan diwujudkan oleh kerajaan bagi memantau perhimpunan itu.



Mereka kemudian akan berarak sepanjang lebih lima kilometer dan melewati Victory Monument, katanya.



Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva dan Timbalan Perdana Menteri yang bertanggungjawab dalam Hal Ehwal Keselamatan Suthep Thaugsuban kerap kali berkunjung ke pusat itu untuk bermesyuarat dan memantau keadaan sepanjang tempoh tiga hari perhimpunan itu diadakan sejak Jumaat lepas.



Pusat itu diwujudkan selepas kerajaan menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Negeri dari 11-23 Mac di tujuh wilayah termasuk Bangkok.



"Mereka akan tidur dan makan di sana malam ini dan kemudian meneruskan perjuangan mereka menuntut demokrasi esok," kata Nattawut, yang merujuk kepada penunjuk perasaan berbaju merah yang berkhemah di tapak perhimpunan itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan