Pengikut

Khamis, 11 Mac 2010

MOHSIN@MOHSIAL AKAN DEDAH MINGGU DEPAN






MP Bagan Serai Mohsin Fadzli Samsuri bersedia tampil ke hadapan bagi mendedahkan “perkara sebenar" yang berlaku dalam PKR sehingga mendorong beliau keluar parti dan menjadi wakil bebas.


“Saya sedia untuk ditemubual minggu hadapan,” katanya.



Mohsin berkata demikian ketika diminta mengulas usaha ahli Majlis Syura PAS Ahmad Awang yang mahu menganjurkan solat hajat supaya Allah menurunkan hukuman terhadapnya kerana didakwa khianat pada perjuangan.



Saya akan berada di Kuala Lumpur bagi menghadiri sidang parlimen Isnin depan.



Saya akan dedahkan “perkara sebenar” yang dimaksudkan itu.



Selepas mengisytiharkan keluar parti pada 3 Februari, Mohsin hanya berdiam diri walaupun tindakannya dikritik hebat banyak pihak termasuk pemimpin kanan Pakatan.


Beliau sebelum ini dikatakan mempunyai masalah dengan Ketua Cabang PKR Bagan Serai Sdr Md Nasib. Adakah itu "perkara sebenar" ?


1 ulasan:

  1. Teringat sya.lagu orang dulu dulu.,kalau hati sudah suka smue nya indah saja.

    Tapi tak de pula lagu kalau hati sudah benci atau tak suka smue nye buruk belaka.

    Cik gu Mokhsein sedang mencipta lagu tur, .,tentu mudah untuk menceritakan keburukan orang dari menceritakan kebaikan nya.

    Tapi tak ingat kah die sewaktu di pilih menjadi calon ,ada kah sesiapa yang meletakan pistol di kepala nya atau meletakan pisau di tengkok nya supaya menerima menjadi calon PKR di Bagan Serai?

    Tak de kan?

    Apa hebatnya die ,apa sumbangan nya pada masyarakat di Bagan Serai jika di bandingkan dgn banyak lagi calon yang berkelulusan lebe tinggi dari die, baik dari segi Agama?

    Pada sya.terpilih nya die jadi Calon Bg.Serai itu sudah cukup bertuah.(sendiri mau ingat ler)

    Tapi Bangsa manusia yang tak pernah cukup , tak tau nak bersyukur,Agama dan iman hanya sekadar hiasan di ketayap.

    Malu lah sikit,pada kami generasi ke tiga.,.kedai dua.

    BalasPadam