Pengikut

Isnin, 15 Mac 2010

SAH DAN SAHIH ! MALAYSIA DAPAT IGP BARU







Sehari selepas menafikan laporan akhbar China Press bahawa Tan Sri Musa Hassan akan melepaskan jawatan Ketua Polis Negara (IGP), Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari mengesahkan akan berlaku rombakan peringkat tertinggi pasukan polis.



“Berhubung pucuk pimpinan polis, saya akui, rombakan akan berlaku tetapi masa dan bentuk peralihan itu akan ditentukan bukan kerana desakan atau tekanan daripada media tetapi dibuat oleh kerajaan dan pemimpin kebangsaan.”


Sabtu lalu, akhbar harian Cina itu menyiarkan laporan bahawa Musa telah mengemukakan surat perletakan jawatannya kepada Hishamuddin dan juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.


Beberapa jam selepas berita itu disiarkan, Musa dan Hishamuddin segera menafikannya.


Kementerian Dalam Negeri juga mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada China Press menuntut penjelasan mengapa berita itu disiarkan sedangkan kerajaan menganggapnya sebagai tidak tepat dan belum disahkan lagi.



“Dalam hal ini, ia bukan sahaja membabitkan KPN, tetapi empat daripada tujuh pengarah yang mengetuai divisyen dalam PDRM akan bersara tahun ini. Malah, seorang daripada pengarah itu sedang bercuti, menjelang tamatnya tempoh perkhidmatan beliau.”


Menurut Hishamuddin, peralihan itu sebagai “peluang bagi melihat lembaran baru dalam sejarah polis.”


“Saya sudah tahu siapa yang akan menggantikan KPN, saya juga tahu siapa akan menggantikan pengarah, jabatan siasatan jenayah perdaganagan. Jadi tidak perlu membuat spekulasi dan membuat laporan berita tanpa asas,” katanya lagi.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan