Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen menafikan tuduhan sebuah laman blog yang mendakwanya terlibat dengan rasuah RM2 juta yang sepatutnya digunakan untuk mempromosi produk pelancongan.
Beliau berkata satu laporan polis akan dibuat di Kuala Lumpur esok bagi membersihkan namanya dan sekali gus mengheret pihak yang tidak bertanggungjawab ke muka pengadilan.
"Saya menafikan dakwaan itu, ia fitnah untuk memburukkan nama saya dan keluarga. Saya akan mengarahkan peguam untuk mengambil tindakan lanjut," katanya.
Artikel di laman blog 'New Kid On Blog' itu mendakwa Ng menggunakan kedudukan sebagai Menteri Pelancongan memberikan kontrak untuk mempromosi produk pelancongan kepada sebuah syarikat milik rakan baik anaknya.
Selain itu, artikel tersebut turut mendakwa Ng mahu program kempen media pelancongan disegerakan untuk menggunakan wang terbabit bagi tujuan peribadi iaitu pemilihan MCA pada 28 Mac ini.
p/s : MCA kearah politik wang....sama macam UMNO...jutaan ringgit digunakan untuk kekalkan kuasa...darjat....pangkat...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan