Seorang Ahli Exco Kerajaan Kelantan melahirkan rasa kecewanya dengan penganjur perlumbaan berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) kerana membelakangkan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, pada upacara melepaskan peserta hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Negeri, Abdul Fatah Mahmood, berkata apa yang berlaku pada majlis pelepasan itu di hadapan Istana Balai Besar pagi tadi adalah sesuatu memalukan.
"Ia tidak menghormati tok guru selaku Menteri Besar dan tuan rumah yang sepatutnya melakukan pelepasan itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Majlis pelepasan disempurnakan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin.
Perlumbaan jelajah berbasikal terulung Asia itu memulakan peringkat pertama dari sini ke Kuala Berang sejauh 174.5 kilometer (km).
Mengulas perkara itu, Abdul Fatah berkata nama Nik Aziz selaku tetamu kehormat untuk melepaskan peserta dimaklumkan kepada beliau pada malam tadi.
Perlumbaan membabitkan tujuh peringkat sejauh 1,013.9km untuk merebut hadiah keseluruhan bernilai RM710,650.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan