Pengikut

Jumaat, 12 Mac 2010

TEKANAN TERHADAP ANWAR SEMAKIN HEBAT







WALAUPUN prosedur biasa, tetapi kehadiran lima pegawai tinggi polis ke ibu pejabat PKR di Tropicana Petaling Jaya untuk mengambil kenyataan daripada Anwar Ibrahim dilihat sebagai usaha untuk menekan dan menyusahkan bekas TPM itu saja. Lima pegawai polis dilaporkan mendatangi pejabat PKR pagi ini dan mengambil kenyataan Anwar berhubung beberapa ucapannya di Pulau Pinang.


Siasatan itu ekoran laporan polis terhadap isi ucapannya mengenai pembunuhan Altantuya, kehilangan enjin pesat tempur udara dan sebagainya.


Malam minggu lalu polis telah menganggu majlis sambutan dua tahun pemerintahan kerjaan-kerajan Pakatan Rakyat di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru yang turut dihadiri sama Anwar. Gangguan itu atas alasan perhimpunan itu tidak ada permit. Saya tidak dapat mempastikan apakah himpunan kira-kira 57 NGO untuk menubuhkan Majlis NGO Melayu baru-baru ini ada permit atau tidak?


Kita tidak mahu mempersoalkan tugas dan tanggungjawab polis dalam menjaga keamanan negara ini. Namun apa yang dilakukan ke atas Anwar itu yang bertindak atas perkara remeh, iaitu laporan polis sesuatu yang tidak mustahak dan membuang masa. Apakah sebelum ini tidak ada ahli politik yang bercakap menyentuh soal pembunuhan Altantuya, mengenai kehilangan enjin psawat tempur itu dan kenapa tidak dibuat laporan polis?


Rasanya tidak menjadi masalah kalau sesiapa saja mempersoalkan atau mengulas mengenai tragedi yang menimpa modeling Mongolia beranak satu itu kerana pembunuhannya menimbulkan penuh tanda tanya. Persoalan umum di sebalik kes itu ialah apakah notif wanita itu dibunuh?


Dalam kes jenayah seperti itu apa yang menjadi persoalannya dan fokus ialah motif penbunuhan. Kalau seekor harimau dibunuh pun ada motifnya, mungkin dia telah menerkam penoreh getah atau pencari petai di hutan. Nampaknya dalam kes Altantuya motif tidak menjadi fokus penting. Motif pembunuhannya juga tidak jelas dan inilah menyebabkan orang jadi teringin untuk mempersoalkannya apa lagi orang politik.


Satu segi sekiranya tindakan polis atau laporan polis terhadap Anwar berhubung perkara itu ia tidak banyak memberi keuntungan politik kepada pihak-pihak tertentu sebaliknya dengan terus menganggu, menganiaya dan mengaibkan Anwar menyebabkan rakyat jadi semakin meluat dan bosan.


Sebelum rakyat terlebih melaut elok kalau pihak yang cuba ingin mengambil keuntungan dengan menyusahkan Anwar memikirkannya sejauh mana baik dan buruknya agar tidak berlaku kejadian makan pinang untuk jadikan ubat tetapi bertukar menjadi racun. Haru!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan