Pengikut

Sabtu, 6 Mac 2010

ZULKIFLI IT'S A GREAT LIE !! KATA YB SAIFUDDIN





Mengimbas kronologi kes ini, Saifuddin berkata, beliau selaku Setiausaha Agung telah menghantar surat kepada Zulkifli pada 1 Februari tahun ini, disusuli surat daripada Lembaga Disiplin PKR pada 8 Februari.


Zulkifli diminta untuk menghadap Lembaga Disiplin pada 18 Februari, dan membalas surat ini dalam lima hari.
Dengan kata lain, Zulkifli Noordin perlu menjawab selewat-lewatnya pada 13 Februari, untuk memilih sama ada menghadap pada 18 atau 23 Februari, katanya.



"Dalam masa lima hari tak jawab surat. Tapi muncul pada 17 haribulan, sehari sebelum berlepas ke Korea. Kemudian, (Zulkifli berkata) 'saya pergi ke Korea kerana dihantar oleh parti. Parti tahu saya tak ada dalam negara tapi parti tetapkan tarikh'..."




Saifuddin bersambung, "Itu berbohong namanya! It's a great lie! Great lie bukannya seorang good muslim. Parti tidak menghantarnya ke Korea. Dia sendiri memilih untuk pergi ke Korea. Beza tu!"




Setiausaha Agung ini menjelaskan, seandainya Zulkifli menerima surat berbunyi "...'Saudara dengan ini dihantar oleh parti untuk menghadiri satu persidangan di Korea'. Tandatangan oleh Setiausaha Agung atau Presiden. Yes, anda boleh dakwa anda dihantar. Ini tidak. Pertubuhan Korea hantar email kepada semua ahli parlimen.




Siapa nak pergi Korea, tambang pergi balik bayar sendiri; hotel, pengangkutan, makan minum di sana, organisasi itu akan bayar."


"Saya pun dapat (email itu). Saya memilih untuk tidak pergi. Kawan-kawan saya ada yang pergi. Zulkifli memilih untuk pergi. Itu bukan dihantar oleh parti," katanya.



"Nampak? Zulkifli tak jawab dalam masa lima hari, satu bab. Kamu hanya hantar beberapa jam sebelum anda hendak berlepas. Kamu buat PC , lantas beliau bersambung, "Bohong! Dan kamu dakwa kamu berjuang untuk muslim dan Islam? It's a great shame!



Saya beritahu kamu. Tetapi bolehkah saya dedahkan semua ni kepada media? Tidak, saya pilih untuk mendiam diri." (sidang media), kamu kata 'parti tahu tapi parti hantar. Parti ada niat jahat untuk bertindak'..."




"Imej Islam" Zulkifli Noordin menerima tamparan sengit daripada sahabatnya ini, apabila Saifuddin menekankan bahawa berbohong itu bukanlah perbuatan muslim yang baik, setelah menyangkal tuduhan Zulkifli terhadap PKR.



seterusnya di MerdekaReview




p/s: sekarang lu zul bangsat . pembohong , laknat....boleh belah dan jangan cakap banyak...esok lu boleh serah borang masuk umno...

teman rasa...umno pun pikir 3-4 kali nak terima zul laknat ni...??

pembawa penyakit kuku , lidah dan mulut...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan