
5 KATAK + 3 KATAK BEBAS + 28 KATAK BARISAN NASIONAL= MOJARITI PENUH.
MEMANG BOLEH MEMERINTAH PERAK LE YOP !
Panel lima hakim sebulat suara memutuskan bahawa Zambry Abdul Kadir dari Barisan Nasional adalah Menteri Besar Perak yang sah! Menurut penghakiman, Perlembagaan Negeri Perak dengan jelas menyatakan bahawa Menteri Besar perlu meletak jawatan seandainya kehilangan sokongan majoriti.
Jikalau MB tersebut gagal berbuat demikian, maka jawatannya bersama jawatan EXCO akan dianggap sebagai kekosongan.
Hakim Besar Malaya Arifin Zakaria mula membacakan penghakiman. Menurut beliau, Nizar menggunakan artikel 16(6) Perlembagaan Negeri Perak, dan bukannya artikel 36(2) untuk memohon agar Sultan membubarkan DUN Perak. Ini membawa makna beliau telah kehilangan sokongan majoriti dalam DUN, dan Menteri Besar asal, Mohd Nizar Jamaluddin menyedari dirinya telah kehilangan sokongan majoriti pada 4 Februari 2009.
Artikel 16(6) secara khususnya menyatakan, dalam keadaan MB kehilangan kepercayaan majoriti, beliau boleh memohon untuk membubarkan DUN. Seandainya Sultan menolak permohonan tersebut, maka MB perlu meletak jawatan. Artikel 36(2) pula memperuntukkan kuasa kepada Sultan untuk membubarkan DUN.
Kemudian, Arifin Zakaria membaca, Mahkamah Persekutuan mendapati proses untuk mengenalpasti bahawa "Nizar kehilangan kepercayaan majoriti" ini telah berlangsung di Istana. Seramai 31 orang ADUN telah menyatakan sokongan terhadap BN.
Walaupun dalam kes Ketua Menteri Sarawak Stephen Kalong Ningkan pada tahun 1966, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa Yang di-Pertua Negeri Sarawak tidak berkuasa untuk perintah agar Ketua Menteri meletak jawatan melalui saluran lain; hanya dengan melalui undi tidak percaya kepada Ketua Menteri dalam DUN, barulah seseorang Ketua Menteri dikenalpasti sebagai telah kehilangan sokongan majoriti ADUN. Tetapi panel lima hakim ini bertanggapan bahawa, artikel 16(6) Perlembagaan Negeri Perak tidak mengenakan syarat "undi tidak percaya di DUN", maka Sultan boleh mengetahui bahawa Nizar telah kehilangan kepercayaan majoriti melalui saluran selain DUN.
Oleh itu, panel lima hakim sebulat suara menolak rayuan Nizar Jamaluddin, dan memutuskan bahawa MB BN Zambry Abdul Kadir adalah Menteri Besar yang sah.
Panel lima hakim yang mengadili kes ini termasuklah Presiden Mahkamah Rayuan Alauddin Mohd Sheriff, Arifin Zakaria, Zulkefli Ahmad Makinuddin, Mohd Ghazali Mohd Yusoff dan Abdull Hamid Embong.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan