
Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim ditangguhkan sehingga pagi esok selepas peguam utama beliau, Karpal Singh memohon penangguhan bagi menjawab afidavit jawapan pihak pendakwaan berhubung status hakim.
Semalam, Anwar memohon supaya Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menarik diri daripada mendengar kes liwat itu.
Ia berikutan keputusan Mohamad Zabidin menolak bantahannya berhubung artikel, gambar dan keterangan gambar mengenai kes berkenaan yang disiarkan Utusan Malaysia, minggu lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan