Pengikut

Isnin, 1 Februari 2010

JEFF OOI DISAMAN RM 10 JUTA





Bekas ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) hari ini menfailkan saman malu sebanyak RM10 juta terhadap Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi Chuan Aun kerana membuat kenyataan menfitnah dan berniat jahat.


Mohd. Razali Abdullah yang juga ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) diiringi peguamnya Abdul Fareed Abdul Gafoor menfailkan writ saman tersebut melalui Tetuan V.M.Mohan, Fareed & Co. di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada pukul 12 tengahari tadi.



Pernyataan tuntutan tersebut menjelaskan, Jeff yang juga Ketua Staf Pejabat Ketua Menteri membuat kenyataan seumpama itu mengenai plaintif secara berulang dan disiarkan dalam surat khabar tempatan, laman web dan portal Internet.



Menurut pernyataan tuntutan dalam writ saman itu, perkataan yang dikeluarkan adalah tidak berasas dan difahamkan sebagai membawa makna seperti fitnah serta berniat jahat dan dinyatakan secara sindiran.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan