Ikut ceritanya timbul ‘ guruh dan halalintar ‘ semasa mesyuarat Exco Pemuda UMNO Malaysia di ibupejabat UMNO di PWTC . Kalangan Exco Pemuda dikatakan panas berdebat tentang prestasi kepimpinan pergerakan itu dan hala tujunya selama ini yang dianggap oleh sesetengah pihak agak lesu.
Malah ada seorang Exco yang naik angin sampai mencabar kepimpinan Khairy.
“Suasana mesyuarat memang panas sikit” kata satu sumber yang layak dipercayai .
Difahamkan suasana panas itu timbul semasa mereka menilai prestasi Pemuda UMNO setakat ini. Sebelum ini memang sudah terdengar desas desus ada kalangan Exco yang tidak puashati segala macam.
Dalam pada itu Khairy dikatakan menghadapi suasana sukar ekoran ada sebahagian dalam barisan Exconya terdiri dari penyokong Datuk Seri Khir Toyo dan Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.
Khairy , Datuk Razali serta Datuk Megat Firdouz (SU Pemuda UMNO) .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan