
Bekas pegawai khas Perdana Menteri, Datuk Nasir Safar, hari ini memohon maaf secara terbuka kepada semua rakyat Malaysia berhubung satu kenyataannya yang dianggap bersifat perkauman.
Pelik atau tidak, sebagai seorang Pegawai Khas kepada PM yang berpelajaran serta banyak pengalam itu, tak kan semudah itu boleh mengeluarkan kata-kata yang berunsur perkauman di dalam satu majlis yang dihadiri orang cina dan india....?
Takkan beliau buta hinggakan tak kenal mana satu orang india, mana satu orang orang cina dan mana satu orang melayu....?
Apa yang teman dapat rasakan, Datuk Nasir sebenarnya cuba mengugut Najib, mungkin ada benda yang beliau tidak puashati ataupun memang ingin memalukan Najib dengan cara yang sedemikian...
( teman mohon maaf, ini cuma rasa dan andaian teman saje )
Beliau tahu apa akibatnya..."orang India minta sedekah, orang Cina jual tubuh"...sudah tentu kedua-dua kaum ini akan melenting...naik angin...hilang sabar.
Atau semata-mata nak menutup kisah enjin jet hilang, isu kalimah
Allah , bakar gereja, kepala babi di dalam masjid....tak mungkin...?
Banyak cara lagi yang boleh dibuat, Najib boleh menggunakan apa saja untuk menutup semua isu, skandal dalam negara macam Tun M dulu.
KPN dibawah telunjuk Najib , Mahkamah dibawah ketiak Najib , SPRM dihujung ibu jari kaki Najib , tapi Datuk Nasir , belum tentu boleh ikut telunjuk Najib !
Dan teman pasti, selepas ini beliau sendiri akan mendedahkan lebih banyak skandal-skandal pemimpin Barisan Nasional dan juga beberapa perkara "penting" Najib...percayalah ! ini hanyalah satu permulaan permainan Datuk Nasir....kini , nasib Najib sebenarnya bergantung sepenuhnya kepada Datuk Nasir...
Dan sebagai Pegawai Khas kepada PM, apa yang beliau tidak tahu tentang Najib dan Rosmah serta pemimpin UBN...sarang tabuan jangan dijolok, kalau dijolok nanti jadi macam Seepool...meragan tak tentu pasal...
Mulut tempayan bolehlah Najib tutup, mulut Datuk Nasir berapa lama Najib boleh tutup....? Ada rezeki , denga izin Allah kita sama-sama akan dapat melihat apa agenda seterusnya Datuk Nasir...
Allah kalau nak menunjuk , tak perlu tunggu 10 tahun....
Yes, that man in the blue Proton Saga was Nasir Safar. But the police, who took Bala’s statement, denied it and said that it was a resident from that area and not Nasir Safar. How did the police know this immediately without any further investigation and without taking Nasir Safar’s statement? Raja Petra
Tiada ulasan:
Catat Ulasan