Pengikut

Jumaat, 5 Februari 2010

TOLONG BELI POSKAD






Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan poskad `Impian 1Malaysia' yang akan memberi peluang kepada rakyat negara ini merealisasikan impian mereka menerusi program realiti televisyen.


Sepuluh impian terbaik akan direalisasikan dalam program televisyen realiti bertajuk 'Impian 1Malaysia - Direalisasikan Bersama Pos Malaysia Bhd', katanya dalam ucapan aluan majlis 1Malaysia Bersama Rakyat di Dataran 1Malaysia, Pantai Klebang di sini Khamis malam.


"Saya meminta rakyat yang hadir hari ini, belilah satu poskad 1Malaysia dan catit serta tulislah di atas poskad itu pandangan anda tentang 1Malaysia dan penerimaan kita terhadap gagasan negara itu.


"Kita pohon juga anak-anak sekolah, para belia dan beliawanis mengambil bahagian dalam program tersebut," katanya.


Poskad itu boleh dibeli pada harga 50 sen di semua pejabat pos dan penyertaan terbuka kepada semua rakyat berumur 18 tahun ke atas, katanya.


Beliau berkata berdasarkan hasil kajian melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan pensampelan yang dilakukan kementeriannya menunjukkan tahap penerimaan dan kefahaman rakyat mengenai 1Malaysia adalah pada 68 peratus.


"Sukacita saya memaklumkan daripada angka 220,000 SMS yang telah kita kutip daripada pelbagai syarikat telco baru-baru ini, kita telah dapat mencatat bahawa penerimaan dan fahaman terhadap 1Malaysia adalah ditahap 68 peratus dari angka tersebut," katanya.



Beliau berkata Jabatan Penerangan dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) juga telah melakukan pensampelan mengenai pemahaman masyarakat tentang konsep 1Malaysia.



"JASA mensampelkan 5,250 dari data am dan rambang, sementara Jabatan Penerangan mensampelkan 12,212 orang memberi maklum balas dan sukacita saya memaklumkan iaitu penerimaan dan fahaman rakyat dari golongan ini ialah 81 peratus menyokong dan memahami 1Malaysia yang diasaskan Perdana Menteri kita," katanya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan