Presiden UMNO, Najib Razak telah mengeluarkan satu garis panduan agar semua pemimpin menjauhi perbuatan cantas-mencantas bagi menjamin kemenangan besar Barisan Nasional dalam pilihan raya umum akan datang.
Dia yang juga Pengerusi Barisan Nasional juga telah menasihatkan agar pemimpin semua peringkat mengelakkan perbuatan itu kerana ia hanya menimbulkan banyak masalah kepada parti.
( malaun-malaun sedang mengelilingi Tok Jib )
"Kalau cantas-mencantas ini bukan sahaja dalam MCA, dalam parti UMNO juga berlaku. Presiden UMNO telah pun keluarkan satu garis panduan dan juga menasihatkan pimpinan semua peringkat supaya jangan cantas-mencantas. Kalau ini berlaku, kita akan menghadapi masalah dalam pilihan raya umum akan datang".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan