
Pejabat Peguam Negara telah menyediakan dokumen perundangan bagi membawa pulang dua enjin pesawat pemintas dan pejuang F-5E Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang ditemui di Uruguay sebagai bahan bukti.
Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dalam satu kenyataan berkata, ini kerana siasatan mendapati terdapat sebahagian bukti dalam bentuk dokumentasi dan saksi yang memerlukan perbicaraan dijalankan di mahkamah jenayah di Malaysia.
Sehubungan itu, menurutnya, Kerajaan Malaysia telah melantik peguam di Uruguay mewakili negara ini dalam mana-mana prosiding di sana berhubung dua enjin yang dicuri itu.
"Peguam berkenaan sedang berusaha untuk bertemu Peguam Daerah dan hakim yang mengendalikan kes berkenaan dalam minggu ini sebelum membawa balik kedua-dua enjin itu mengikut undang-undang mereka.
"Sementara bagi Kerajaan Uruguay, siasatan juga mendapati dua enjin yang ditemui di Port of Montevideo itu dan berada di bawah simpanan pihak mahkamah Uruguay.
Kami telah pun melawat kawasan tentera di mana enjin itu diampan dan mengenal pasti memang ia milik Kerajaan Malaysia.
Beliau diminta mengulas urusan membawa balik dua enjin jet pejuang F5-E yang yang berpangkalan di Skuadron 12 Scorpion Butterworth, Pulau Pinang.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan