
“Saya perkukuh hujah saya. Tatkala Almarhum Tuanku Jaafar bertemu saya, ziarah saya di Hospital Munich, Tuanku Jaafar sebut pada saya bahawa beliau tidak dimaklum mengenai pemecatan pada 2 September dan tidak tanda tangan apa-apa dokumen pengesahan perlucutan jawatan pada tarikh tersebut.”
Menurut Anwar, pertemuan itu berlangsung selepas beliau dibebaskan pada 2005 ketika almarhum baginda mengunjungi beliau di Hospital Munich, sekali gus ia menjadi bukti kukuh betapa prosedur pemecatannya tidak sah.
Malah, Anwar turut mendapatkan kepastian mengenai perkara berkenaan.
“Saya tanya sekali lagi depan Azizah, depan Tuanku Najihah, Tuanku jelas? Baginda kata mustahil lupa perkara itu kerana beliau turut sedih dengan apa yang berlaku," katanya.
dari: kelab greenboc
Tiada ulasan:
Catat Ulasan