Pengikut

Jumaat, 5 Mac 2010

DATUK SALEHUDIN KATA SYED HUSIN BULUH TUA






Agak melucukan apabila seorang pegawai tinggi Parti yang sepatutnya membantu dalam usaha memperkukuhan Parti ketika pemimpinnya terbelenggu dengan masalah peribadi, hendak meneruskan dendam peribadinya yang amat kebudak-budakan dan mencerminkan kecetekan pemikiran politik yang melanda pimpinan PKR.


Ya, saya telah berkhidmat sebagai Setiausaha Pengelola dan Ketua Staf Anwar Ibrahim selama empat tahun, sepenuh masa tanpa apa-apa bayaran.


Setelah kejayaan pada PRU ke-12, saya merasakan saya telah membuat yang terbaik dan bersara ke kampung halaman.


Tidak lama selepas itu, Anwar telah merayu untuk saya berkhidmat sebagai Setiausaha Agung sepenuh masa.

1. Dengan berat hati, saya menerima tawaran tersebut dengan beberapa syarat, antaranya sebuah Ibu Pejabat Parti yang lengkap, gaji yang mencukupi untuk staf dan memandangkan saya telah berkhidmat sebagai Setiausaha Pengelola selama empat tahun dengan menggunakan wang saya sendiri untuk perbelanjaan pejabat, saya meminta elaun RM100 sehari untuk perbelanjaan berkaitan seperti telefon, parking, perjalanan, makan-minum dan sebagainya. RM9,000 adalah jumlah yang sangat kecil jika dibandingkan dengan masa yang telah saya curahkan dan gaji terakhir saya sebelum bersara.



Dan jika dibandingkan dengan jumlah besar yang telah dibayar kepada pelbagai individu dalam dan luar Parti untuk menggembirakan dan mendiamkan mereka tanpa mereka perlu membuat apa-apa. Saya tidak berhajat untuk mengulas panjang.



2. Ya, saya kecewa dengan insiden yang membabitkan Kumpulan Perangsang. Saya tidak ingin menghuraikan dengan lebih lanjut kerana ini hanya akan memalukan Anwar yang saya pasti beliau tidak tahu-menahu tentang kenyataan media yang dikeluarkan oleh Syed Husin.


Memadailah bagi saya menyatakan bahawa sindiran Syed Husin terhadap saya adalah cukup untuk saya mendedahkan bahawa saya mempunyai rekod menghantar e-mel sulit kepada Anwar. Anwar sendiri mengarahkan saya untuk mengambil tugas dan tanggungjawab tersebut bagi memenuhi aspirasi Parti, walaupun saya agak keberatan.


Saya menjawab saya hanya akan mengambil tugas tersebut jika saya dibayar RM1 sebulan. Saya tidak berhasrat untuk mendedahkan dokumen-dokumen sulit ini kepada umum. Memadailah untuk Syed Husin membuat kajiannya sendiri sebelum bercakap melalut. Semua ini direkodkan dalam komputer saya beserta bukti-bukti lain yang menunjukkan Anwar telah menerima e-mel tersebut dan bertindak sewajarnya.



Saya rasa kenyataan ini cukup buat masa sekarang. Saya berharap demi rakyat yang mendahagakan perubahan di negara ini, agar Syed Husin yang tinggi kalibernya, untuk sekurang-kurangnya menaikkan standardnya dari standard kebudak-budakan.

Tetapi saya faham, buluh tua tidak boleh dilentur lagi.



terima kasih , dari saya...



*Kenyataan oleh Salehuddin Hashim, bekas Setiausaha Agung PKR yang telah mengisytihar untuk keluar parti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan