
Muhyiddin Yasin
Keputusan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan tujuh lagi anggota Jawatankuasa Pusat MCA meletak jawatan supaya pemilihan baru diadakan merupakan satu langkah yang baik dalam usaha menjadikan parti itu kuat, kata Muhyiddin Yassin. "Kalau langkah sebegini sudah dimulakan oleh MCA, bagi saya satu langkah yang baik."
p/s: bagi mengekalkan kekuatan , keutuhan serta kebaikan UMNO , pimpinan UMNO harus dan wajib mengikut jejak Dr Chua untuk meletakan jawatan jika benar apa yang dikatakan Timbalan Presiden UMNO itu..
Ahmad Maslan
Tindakan keluar parti oleh beberapa wakil rakyat dari pakatan pembangkang memberi isyarat kepada rakyat agar meneliti semula sokongan mereka terhadap gabungan itu, kata Datuk Ahmad Maslan. Beliau berkata ini kerana tindakan tersebut menunjukkan wakil rakyat berkenaan sudah hilang keyakinan terhadap prinsip dan perjuangan parti mereka.
p/s : bukan hilang kayakinan kepada PKR...tapi membersihkan PKR dari gigolo politik, macam mike dan gigolo-gigolo politik yang lain...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan