Pengikut

Isnin, 31 Januari 2011

PEMANDANGAN DI DATARAN MERDEKA MINTA NAJIB LETAK JAWATAN?


Ribuan rakyat Mesir berkumpul Dataran Tharir di Kaherah, Mesir bagi meneruskan bantahan dan mendesak Presiden Hosni Mubarak berundur pada Isnin. 

Penunjuk-penunjuk perasaan ketika ini berusaha menganjurkan 'perarakan sejuta orang' yang dirancang Selasa bertujuan mengguling rejim Hosni.

Bersediakan Najib dan Rosmah..?

BAGI MEMACU KEMAJUAN NEGARA

Bagi memacu kemajuan negara..harga minyak dinaikkan hanya 10sen seliter...dan jika dibandingkan dengan negara-negara lain harga minyak di negara ini masih terlalu murah...kata seorang menteri kerajaan barisan nasional dari parti umno yang menang di prk Tenang semalam...

Ahad, 30 Januari 2011

LEE HSIEN PERTAHAN UMAT ISLAM SINGAPURA

Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong mempertahankan komuniti Islam republik itu sambil menegaskan, pandangan kerajaan pimpinannya berbeza daripada apa yang dikeluarkan oleh bapa beliau, Lee Kuan Yew dalam buku terbarunya. 

Akhbar Singapura The Straits Times melaporkan bahawa Lee Hsien memuji umat Islam atas sumbangan mereka ke arah usaha memantapkan keharmonian pelbagai agama republik itu.

Malah beliau juga menekankan, pandangannya “tidak sama” dengan apa yang dilontarkan oleh bapanya yang juga bekas perdana menteri Singapura.

“Umat Islam adalah komuniti yang dihargai dan dihormati, yang telah memainkan peranan dalam memperkukuhkan keharmonian kita dan kepaduan sosial,” kata Hsien Loong kepada pemberita negara itu.

Dalam buku terbarunya Kuan Yew antara lain meminta umat Islam Singapura agar tidak terlalu berpegang kuat kepada ajaran Islam bagi membantu proses integrasi dan pembangunan negara.

Aspek itu mencetuskan rasa tidak senang di kalangan pemimpin Islam dan NGO Melayu di Malaysia sejak awal minggu lalu.

Dalam tulisan terbaru buku berjudul “Lee Kuan Yew: Hard Truths To Keep Singapore Going”, Kuan Yew juga berkata, beliau tidak pernah memperlekehkan penggantinya sebagaimana dilakukan oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, tetapi mendakwa peranan beliau hanyalah memberi nasihat kepada barisan pemimpin yang menggantikannya di republik tersebut.

“Inilah niat saya. Jika perdana menteri yang baru gagal, saya gagal,” kata pengasas Singapura ini.

BN TETAP JADI PILIHAN..BAGAIMANA MERLIMAU?

Maklumat diperoleh menerusi Twitter menunjukkan calon BN Azhar Ibrahim memperoleh 6,027 undi manakala calon PAS Normala Sudirman mendapat 2,331 undi.

Tahniah juga kepada Cikgu Mala..

BN BERAPA......? PAS.......?

BN menang dengan mijoriti..?

KATA PUAK UMNO ADA 2 LAGI MP NAK LOMPAT?

Satu SMS diterima dari sumber kami dalam PKR:

Bro, pengunduran Gobala is just the beginning of another wave. Ada lagi AP dey dan ado lagi AP jang yang akan keluar sekejap masa lagi.

Gobala tidak akan memberi impak sangat kepada PKR kerana dia memang satu binatang yang susah untuk dijinakkan.

Siapa pula dua lagi yang disebut sebagai "
ada lagi AP dey" dan "ado lagi AP jang"?

Adakah maksudnya seorang AP dari kaum India dan seorang lagi AP dari Negeri Sembilan akan umum keluar PKR dalam masa terdekat?




sumber: gerakkan timur 

TOLONG DESAK MEREKA KELUAR SEKARANG !!!!!

di Tenang hujan....

"Tolong desak anggota keluarga atau kawan-kawan keluar mengundi!" tulis ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching di laman Twitter.

KALI PERTAMA DAN TERAKHIR AKU MELIHAT WAJAHMU...


Selesai je undi..menang kalah...wa balik kl...tak dapat jumpa lu lagi...tpi sebelum wa balik...lu jangan lupa undi BN...BN penyelamat bangsa dan negara..kalau lu susah,perlu bantuan..lu pi saja opis wa...wa ada masa untuk lu...kah!kah!..

DIA BUNYI LAGIIIIII!!!!!!!

Anggota Parlimen Kulim Bandar Baharu Zulkifli Noordin berkata beliau menjangka beberapa lagi wakil rakyat dan kepimpinan kanan PKR akan keluar daripada parti itu.

Beliau berkata tindakan N. Gobalakrishnan yang keluar PKR dan melepaskan jawatan sebagai Ketua Cabang PKR Padang Serai pada Sabtu membuktikan bahawa jangkaan beliau sebelum ini adalah tepat.

"Perisytiharan yang dibuat oleh Gobalakrishnan tadi sudah lama sayajangka, malah teman sudah pun membuat kenyataan sebelum ini bahawa beberapa orang wakil rakyat dan kepimpinan kanan PKR akan mengambil tindakan keluar, cuma masa dan cara sahaja yang berbeza.

"Saya tahu ada beberapa orang lagi anggota Parlimen termasuk ADUN, kepimpinan kanan parti yang akan mengambil langkah yang sama tidak lama lagi.

PERGIMU BUKAN KEHILANGAN BAGI KAMI,PERGILAH SAYANG!

Keputusan Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan keluar dari PKR dan menjadi wakil rakyat bebas sudah dijangkakan, kata naib presiden PKR Tian Chua
.
Menyifatkan Gobalakrishnan sebagai anggota yang tidak menjalankan kerja, katanya, bekas naib presiden itu cuba “melarikan diri” daripada dikecam kerana mengkritik kepimpinan parti secara terbuka.

“Kami sudah merancang untuk menggantung dia daripada parti kerana mengkritik. Orang seperti dia bukan satu kehilangan bagi parti,” katanya lagi...

sini 

8.00AM- 5.00 PTG

Selamat mengundi di DUN Tenang....UNDIlah PAS.

Sabtu, 29 Januari 2011

MELAYU SINGAPURA HANYA BERDISIPLIN DI NEGARA ITU SAJA-TUN M

Tun Dr. Mahathir Mohamad secara sinis mengakui bahawa Melayu Singapura lebih berdisiplin semasa di negara mereka tetapi berubah sebaliknya sebaik sahaja menyeberang ke Malaysia.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, rakyat republik itu tanpa mengira bangsa sememangnya berdisiplin dan kebenaran itu diakuinya dengan memberi contoh bahawa mereka tidak akan membuang sampah di jalan menyebabkan jalan-jalan di Singapura amat bersih.

"Tetapi apabila mereka menyeberang ke tanah besar Malaysia mereka akan buang sampah dari kereta mereka dalam perjalanan," katanya dalam entri di blognya, Chedet di sini.

Beliau mengulas tulisan Tan Malaka dalam sebuah akhbar arus perdana yang mendakwa bahawa Melayu Singapura lebih berdisiplin berbanding Melayu Malaysia .

Dr. Mahathir berkata, sesungguhnya keadaan di Singapura amat mengagumkan sesetengah daripada kita di Malaysia.

Katanya, apa tidak, masalah Kampung Baru dapat diselesaikan dengan mudah.

"Pindahkan sahaja penduduk Kampung Baru dan bangunkan rumah pangsa yang akan diduduki oleh sesiapa sahaja. Seperti hilangnya Geylang dan Pasir Panjang akan hilanglah Kampung Baru," tambah beliau.

Mengulas lanjut, beliau berkata, di Malaysia membuang sampah selori di tepi jalan pun tidak akan diambil apa-apa tindakan yang membuktikan rakyat negara ini tidak berdisiplin dalam soal kebersihan dan lain-lain.

Kerana itu, ujarnya, ada pelawak yang memanggil Singapura "a fine city" kerana bagi setiap kesalahan kecil rakyatnya akan dikenakan denda iaitu "fine".

"Rakyat Malaysia pun bila ke Singapura akan berjaga-jaga supaya tidak dikenakan fine," jelasnya.
Katanya lagi, faktor kurang berdisiplin itu mungkin kerana Malaysia lebih demokratik.

Parti-parti politik takut rakyat tidak akan sokong mereka jika bertindak terlalu keras supaya rakyat berdisiplin, tambah beliau.

"Parti pemerintah Singapura tidak takut kepada rakyat. Jika rakyat pilih bukan calon Parti Tindakan Rakyat (PAP), dia akan diheret ke mahkamah, didenda dan dijadikan bankrap.

"Selepas itu dia tidak dapat ke Parlimen untuk membantah perlakuan pemerintah. Jika dia dibenar mengambil tempat di Parlimen, dia tidak akan berani berkata apa-apa," tegasnya.

Oleh itu, ujar beliau lagi, mungkin Tan Malaka lebih senang jika amalan di Singapura didapati di Malaysia.

"Jika "demokrasi" ala Singapura diamal disini saya yakin bukan sahaja Melayu Malaysia akan disiplin tetapi semua kaum akan disiplin.

"Menteri-Menteri pun lega kerana jika dicalonkan semula oleh parti, kemenangan terjamin walaupun menidakkan hak bersuara rakyat," katanya.

ROSMAH LEBIH CERDIK DAN PANDAI BERBANDING TUN HASMAH ?ANIFAH AMAN

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata lawatan Rosmah Mansor ke luar negara turut berperanan membantu mempromosikan Malaysia dan mengukuhkan hubungan dua hala.
   
Beliau berkata Rosmah bijak menggunakan kedudukannya sebagai isteri kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memperkukuhkan hubungan Malaysia dengan negara yang dilawatinya.

Katanya kewibawaan Rosmah diiktiraf oleh negara dan kerajaan luar apabila sering mendapat jemputan untuk menjadi tetamu rasmi dan menyampaikan ucaptama pada persidangan terutama yang berkaitan pendidikan kanak-kanak dan wanita serta pembangunan sosial.

"Datin Seri Rosmah memang cerdik dan pandai. Di sebalik Perdana Menteri, ada isteri yang menolong beliau," katanya lagi ketika ditanya pemberita dalam membantu kempen BN di Tenang.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan parti pembangkang semasa kempen PRK DUN Tenang ,bahawa isteri PM itu menghabiskan duit rakyat dan mengambil kesempatan terhadap kedudukan suaminya untuk melancong di luar negara.

 Anifah berkata Kementerian Luar berbesar hati sekiranya isteri Perdana Menteri itu dipelawa untuk menjadi tetamu kerajaan negara luar di masa akan datang kerana percaya Rosmah akan menggunakan kesempatan itu sebaik mungkin untuk membantu rakyat Malaysia, terutama berkaitan pendidikan kanak-kanak dan pembangunan sosial.

Beliau memuji usaha gigih dan inisiatif Rosmah semasa di luar negara dalam membantu kerajaan mencari idea dan penyelesaian dalam memperbaiki kehidupan rakyat, sekaligus mempromosikan nama Malaysia kepada masyarakat luar.

TAK PAYAH TUNGGU KEPUTUSAN MAHKAMAH-CAKAP JE BAD MASIH ADUN

SPR membuat keputusan untuk tidak mengadakan sebarang mesyuarat khas bagi menentukan status kerusi DUN Pelabuhan Klang dalam waktu terdekat.


Sebaliknya menurut Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, pihaknya akan menunggu keputusan mahkamah memandangkan ADUN kerusi itu Badrul Hisham Abdullah telah memohon perintah mahkamah bagi menghalang badan pilihan raya itu daripada membuat keputusan mengenai statusnya.

Semalam Mahkamah Tinggi Shah Alam menetapkan 7 Februari ini untuk mendengar permohonan Badrul Hisham agar SPR dihalang daripada menentukan status kerusi DUN Pelabuhan Klang.

sini 

YANG DENGKI SANGAT TU NGAPA...?


Esok hari mengundi...
BN serang suami cikgu mala...
Tak bermodal nak attack cikgu mala... 

...............................

Pengundi di DUN Tenang patut membaca rencana menarik tulisan Susan Lim di portal Malaysia-Instinct ini, semoga mereka bijak memilih yang mana satu permata dan yang mana pula kaca yang melukakan. ORANG NAK BERTANDING, dia nak bertanding. Orang bersedia berkhidmat tanpa halangan tetapi dia baru berkempen pun dah penuh dengan halangan. 

Nak bersalam dengan lelaki tak boleh, nak meredah banjir tak boleh dan nak berenggang dengan suami pun tak boleh. Ke hulu ke hilir si Normala Sudirman mengheret suaminya berkempen.

Tidak pasti sama ada suaminya yang cemburu atau Normala yang manja dan mengada-ngada ingin suami sentiasa bersama atau PAS yang menyuruh mereka berbuat begitu konon untuk menonjolkan imej wanita solehah yang sentiasa ditemani suami bimbang menjadi bahan fitnah. Maklumlah, PAS memang suka memfitnah jadi mereka gusar kalau-kalau orang lain juga suka memfitnah seperti mereka.

Kemuncak kisah Normala tak boleh berenggang dengan suami ini ialah apabila suami sanggup menipu untuk mendapatkan cuti sakit semata-mata untuk menemaninya berkempen. Bukan tiga hari tetapi 21 hari sepanjang bulan ini sahaja! Untung sisuami bekerja dengan kerajaan iaitu sebagai guru. Kalau pekerja swasta harus sudah dibuang kerja kerana menipu. 


Mana tidaknya, walaupun kononnya sakit, seluruh negara melihat bagaimana dia mengiringi isterinya ke sana sini. serangan disini

TG NIK AZIZ JAHILIAH-RAIS INDON@YATIM

Rais Yatim menegaskan pelakuan seperti TG Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyifatkan mereka yang tidak mengundi PAS sebagai orang jahiliah hanya dilakukan ketika zaman jahiliah.


Beliau berkata Mursyidul Am PAS itu tiada hak untuk menentukan siapa yang masuk syurga atau neraka, jauh sekali melabelkan mengundi yang memilih parti lain selain PAS sebagai orang jahiliah.

"Ini adalah kata-kata yang tidak wajar dikeluarkan oleh seorang Mursyidul Am dan saya percaya ramai di dalam PAS tidak setuju dengan pandangan beliau.

"Menteri Besar itu akhir-akhir ini sudah jadi pengeluar fatwa sendiri," katanya lagi.

TG Nik Aziz yang juga MB Kelantan dikatakan mengeluarkan perkataan jahiliah itu pada sidang media di Kampung Redong di Labis dua hari lepas, semasa berkempen dalam PRK DUN Tenang.

Sehubungan itu, Rais berkata sudah sampai masanya orang Melayu dan Islam khususnya menilai Mursyidul Am PAS itu dengan sebaiknya dan tidak lagi diperlekehkan oleh beliau.

"Sekarang, setiap yang bernama Melayu dan Islam harus kerjakan sesuatu yang lebih dalam iaitu memahami agama kita dan tolong cari dalam al-Quran atau Hadis bahawa seseorang yang tidak memilih PAS dia langsung menjadi seorang yang jahil atau tidak".

Rais berharap pengundi di Tenang tidak terperdaya dan membiarkan diri mereka diperkotak-katikkan dengan kenyataan Nik Abdul Aziz itu

KELUAR PKR

Khamis, 27 Januari 2011

20 SEN

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menjelaskan bayaran 20 sen bagi setiap beg plastik yang dikenakan kepada pengguna setiap Sabtu di seluruh negara adalah sempena Kempen Kurangkan Penggunaan Beg Plastik anjuran kementerian itu.


Peraturan itu yang dikuatkuasakan sejak 1 Jan lepas di semua hypermarket, supermarket, departmental store dan premis perniagaan terpilih di seluruh negara dibuat sempena Hari Tanpa Beg Plastik, menurut kenyataan akhbar kementerian itu di sini, Khamis.

Menurutnya pada setiap Sabtu, pengguna tidak lagi dibekalkan dengan beg plastik percuma tetapi dikenakan bayaran 20 sen bagi setiap beg plastik.

Wang hasil pembelian beg plastik oleh pengguna itu akan disalurkan kepada badan-badan kebajikan terpilih di bawah program "Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR)" syarikat tersebut, dan juga bagi pelaksanaan program-program kepenggunaan terutamanya yang berkaitan pemeliharaan alam sekitar.

TENANG: JANGAN CABAR POLIS-PERINGATAN KEPADA PR

Ramai penyokong parti politik yang bertanding pada pilihan raya kecil DUN Tenang mengibarkan bendera parti pada kenderaan mereka adalah menyalahi undang-undang kerana menyamai aktiviti berkempen.

Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan, Abdul Majid Mohd Ali, berkata parti-parti politik perlu mendapatkan permit terlebih dahulu untuk berkempen, justeru tindakan pengguna kenderaan mengibarkan bendera parti pada kenderaan 

masing-masing adalah salah kerana tidak mempunyai permit untuk berbuat demikian. Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, beliau mengingatkan pengguna
kenderaan supaya berhenti daripada melakukan perbuatan itu sebelum tindakan diambil ke atas mereka.

Sebelum ini, katanya, polis mengambil tindakan secara berhemah dengan hanya
merampas kayu yang digunakan pengguna

kenderaan untuk mengibarkan bendera dan
mengembalikan bendera kepada mereka.


Beliau berkata, selepas peringatan ini diberi, polis akan bertindak lebih tegas kepada sesiapa sahaja yang engkar.

Abdul Majid berkata, polis turut mempunyai senarai nama individu yang dijangka melakukan kekacauan menjelang hari mengundi pada Ahad ini.


Individu-individu tersebut, menurut beliau, akan diperhatikan setiap masa
dan akan ditahan sekiranya didapati menggugat ketenteraman awam.

Tanpa mengulas secara terperinci, beliau berkata, individu-individu terbabit
terdiri daripada penduduk tempatan dan dari luar daerah.

"Jangan cabar polis kerana kita sudah bersedia 100 peratus untuk PRK
ini daripada segi logistik dan kekuatan anggota," katanya.

Abdul Majid berkata, sehingga kini, perjalanan kempen pilihan raya kecil ini sangat tenang jika dibandingkan dengan tempat lain memandangkan tiada kekacauan atau ketegangan yang serius berlaku.


Jentera BN dan PAS mematuhi peraturan kempen termasuk

menamatkan ceramah pada jam 12 tengah malam.

PEMIMPIN PUSAT MENJADI DALANG JATUHKAN HJ MUS..? PELIK B AJAIB

Pimpinan PKR Pusat diminta supaya menyiasat dalang sebenar di sebalik isu pemimpin Cabang Pasir Salak yang memburukkan parti itu. 


Naib Ketua PKR Cabang Pasir Salak, Abdul Razak Isa berkata, tindakan memburukkan parti memang wujud dan dilakukan kumpulan yang mahu menjatuhkan Mustaffa Kamil Ayub.


Beliau berkata, pihaknya sedia mendedahkan kumpulan itu jika diminta berbuat demikian bagi membantu siasatan.


“Saya menyokong penuh tindakan pimpinan pusat menangguhkan hukuman itu kerana siasatan perlu dilakukan.

“Kita tidak mahu berlaku sebarang ketidakadilan dalam keputusan yang akan dibuat,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Abdul Razak berkata, semua ahli PKR di Pasir Salak terkejut dengan berita yang disiarkan Sinar Harian semalam.

Menurut beliau, rata-rata ahli mengetahui dan mengenali Mustaffa Kamil Ayub lebih dekat malah tidak percaya pemimpin itu akan membuat kenyataan itu.

Sementara itu, salah seorang ahli cabang itu, Mahmood Yahya berkata, sejak dari peringkat pemilihan lagi cubaan untuk menjatuhkan Mustaffa Kamil sudahpun berlaku.

Beliau berkata, semua pimpinan cabang ketika itu kurang senang dengan perjalanan pemilihan yang dianggap sebagai pemilihan secara paksa.

“Ada dalang tertentu yang cuba menghalang Mustaffa Kamil menerajui Pasir Salak seterusnya bertanding jawatan Timbalan Presiden.

“Kita ada maklumat dan pendedahan akan dibuat selepas ini supaya semua pihak sedar siapa sebenarnya orang kuat di sebalik semua ini,” katanya.





Beliau berkata, terdapat tangan ghaib dalam kalangan pimpinan PKR pusat di sebalik semua masalah itu.

Menurutnya, penduduk Pasir Salak begitu simpati terhadap nasib Mustaffa Kamil yang bakal berhadapan hukuman yang bukan berpunca darinya. 


ulasan: en razak..dedah je nak tunggu apa lagi..hahaha!

ESOK PENENTU NASIB BADRUL

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka menetapkan tarikh mesyuarat khas bagi membincangkan status kerusi DUN Pelabuhan Klang, yang pertikaiannya kini berada di mahkamah, esok.


Badan pengendali pilihan raya itu akan mengadakan satu mesyuarat khas bagi menentukan tarikh pilihan raya kecil kerusi DUN Merlimau pagi esok — pilihan raya kecil yang ke-15 sejak Mac 2008.

Justeru, SPR akan membincangkan kedudukan kerusi Pelabuhan pada mesyuarat khas yang berasingan bagi menentukan sama ada pilihan raya kecil ke-16 akan berlangsung di Selangor itu ataupun sebaliknya.

“Esok kami akan mengadakan mesyuarat khas bagi kerusi Merlimau, semua anggota panel akan hadir, di mana saya percaya pengerusi akan memaklumkan mengenai kedudukan kerusi Pelabuhan Klang dan satu tarikh bagi mesyuarat khas akan ditentukan,” kata timbalan pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar.

sini 

PENGANTIN BARU KATA PR MACAM KETAM

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud menyelar sikap pemimpin-pemimpin pembangkang yang mengamalkan ‘budaya ketam’ dalam usaha mereka untuk cuba berkuasa di negara ini.


Katanya pemimpin-pemimpin pembangkang ini sudahpun menampakkan ketaksuban mereka dengan sanggup menjatuhkan pemimpin-pemimpin baru lain yang dilihat cuba mencabar kedudukan mereka dalam parti masing-masing.

Berucap merasmikan Seminar Pembangunan dan Kepimpinan Ketua Masyarakat di sini, beliau berkata keadaan dalam pakatan pembangkang sekarang sudah menunjukkan belang sebenar pemimpin mereka untuk kekal berkuasa sebagai agenda paling utama.

“Amalan tidak suka melihat orang lain naik sebegini tidak akan dapat membolehkan mereka menerajui kerajaan yang baik ataupun untuk membela nasib rakyat,” kata beliau.

Menurutnya amalan seperti ini juga digunakan pembangkang melalui penyebaran fitnah dan hasutan dalam percubaan mereka untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Harus diingat bahawa kita tidak mahu pemimpin yang dipilih dalam pilihan raya akan datang mempunyai sikap ketam ini dan jika ada, pemimpin seperti ini kita harus buang,” kata Taib yang juga pengerusi BN Sarawak.

Sebagai presiden PBB yang merupakan tulang belakang BN di negeri ini, Taib berkata beliau tidak mahu budaya sedemikian wujud di kalangan anggota parti berkenaan.

Katanya perjuangan parti itu dalam BN selama ini adalah semata-mata untuk membela rakyat dan bukannya untuk memperjuangkan kepentingan diri sendiri.

SAYA TAK PERNAH KUTUK PAK LAH TAPI TUN M....?

Bekas perdana menteri Lee Kuan Yew bangga kerana beliau tidak pernah memperlekehkan penggantinya sebagaimana dilakukan oleh rakan sejawatannya di Malaysia — Tun Dr Mahathir Mohamad, sambil mendakwa peranan beliau hanyalah memberi nasihat kepada barisan pemimpin yang menggantikannya di republik tersebut.


“Inilah niat saya. Jika perdana menteri yang baru gagal, saya gagal,” kata pengasas Singapura ini dalam buku terbaru baru “Lee Kuan Yew: Hard Truths To Keep Singapore Going”.

Buku 458 halaman ini diterbitkan oleh Straits Times Press awal tahun dan memuatkan siri temu bual dengan menteri mentor yang diadakan di antara Disember 2008 dan Oktober 2009.

Membandingkan dengan sikap perdana menteri keempat Malaysia, Lee seterusnya menulis: “Mahathir tidak pernah fikir begitu. Beliau memperlekehkan penggantinya.”

Sejak bersara pada 2003, Dr Mahathir terus kekal dalam radar arena politik negara ini.

Dr Mahathir lantang mengkritik Tun Abdullah Ahmad Badawi yang beliau pilih sendiri kira-kira setahun selepas menyerahkan tampuk kepimpinannya pada Oktober 2003.

Kemudian Dr Mahathir mengambil langkah drastik dengan meninggalkan Umno pada awal 2008, sejurus selepas pilihan raya umum pada tahun tersebut.

Bagaimanapun berbanding Lee (kanan), Dr Mahathir menolak syor agar beliau dilantik sebagai menteri kanan dalam Kabinet Abdullah.

Beliau kembali ke Umno selepas Abdullah berhenti pada April 2009.

Dan, sejak menjadi perdana menteri Datuk Seri Najib Razak juga kelihatan berhati-hati dalam membuat kenyataan agar tidak menyinggung Dr Mahathir.

Lee, yang kekal dalam Kabinet Singapura sebagai menteri kanan dan kemudian sebagai menteri mentor, bertindak sebaliknya dalam soal pengurusan dan kepimpinan pengganti beliau — Goh Chok Tong dan Lee Hsien Loong, yang merupakan anaknya.

sini 

Rabu, 26 Januari 2011

UMNO YAKIN,JENTERA DAH READY,SEMANGAT MAKIN KUAT

Jentera BN negeri kini sudah cukup bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil DUN Merlimau.


Pengerusinya, Mohd. Ali Rustam berkata, semangat jentera komponen BN semakin tinggi untuk mengekalkan kerusi yang dimenangi oleh Allahyarham Mohamad Hidhir Abu Hasan pada pilihan raya umum yang lalu.

Menurutnya, BN cukup yakin untuk mempertahankan kerusi yang belum pernah dimenangi pembangkang sejak merdeka berikutan sokongan rakyat terhadap BN semakin positif.

Ujarnya, lebih menyakinkan adalah sokongan daripada pengundi Cina dan India yang semakin mantap.

”Suasana di DUN Merlimau nampak positif terhadap BN dan ini memberi keyakinan untuk kita menang lagi pada pilihan raya kecil yang akan diumumkan oleh Suruhanjaya SPR pada bila-bila masa.

”Lebih penting, saya lihat kerjasama daripada semua parti komponen BN terdiri daripada MIC, MCA, PPP, Gerakan dan IPF yang bersedia untuk bergerak pada bila-bila masa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas memberi taklimat peti undi DUN Merlimau di Dewan Platinum Politeknik Merlimau, di sini, semalam.

Majlis taklimat tersebut dihadiri oleh semua pemimpin tertinggi komponen BN.

BN negeri turut melantik ketua-ketua di tujuh peti undi iaitu di Ayer Merbau, Chinchin, Jasin Lalang, Merlimau Utara, Merlimau Pasir, Permatang Serai dan Pengkalan Samak.

Mohd. Ali yang juga Ketua Menteri berkata, berdasarkan daftar undi sehingga 31 Disember lalu, jumlah pengundi yang terdapat di DUN Merlimau ialah 10,767 dengan Melayu sebanyak 64.1 peratus, Cina, 20.8 peratus, India, 14.4 peratus dan lain-lain bangsa, 0.7 peratus.

Mengulas peluang BN untuk menang, beliau berkata, perkara itu tidak mustahil asalkan jentera komponen BN bekerja keras menemui pengundi hingga ke peringkat akar umbi.

Pada pilihan raya umum 2008, Allahyarham Mohamad Hidhir berjaya mengekalkan kerusinya apabila menang dengan majoriti 2,154 undi menewaskan calon Pas, Jasme Tompang.

”Sasaran BN adalah untuk menang dengan majoriti yang lebih tinggi daripada apa yang dicapai pada 2008 dan perkara tersebut tidak mustahil untuk dilakukan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta semua cawangan parti komponen BN mula menyusun jentera dan bersiap sedia untuk bergerak sebaik SPR mengumumkan tarikh penamaan calon dan hari mengundi.

KJ UNDUR, ZAMBRY KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA

Zambry Kader disaran supaya memberi pertimbangan serius untuk dicalonkan bagi merebut jawatan Ketua Pemuda Umno pada pemilihan parti akan datang bagi memantapkan semula sayap parti itu.

Ketua Umno Bahagian Larut Raja Ahmad Zainuddin berkata  Zambry yang juga bekas Ketua Pemuda Umno Perak dan juga bekas anggota Exco Pergerakan Pemuda kebangsaan, telah muncul sebagai seorang pemimpin muda yang mempunyai ketokohan dan juga berpengalaman untuk menerajui sayap parti di peringkat nasional.

“Berdasarkan pengalaman luas yang dimiliki Zambry, beliau mampu mempengaruhi dan menentukan hala tuju pergerakan pemuda di masa depan . . . Pemuda Umno memerlukan seorang pemimpin yang mempunyai kriteria, kredibiliti dan bersuara lantang,” katanya.

Beliau berkata Zambry boleh menjadi ikon pemuda dengan jawatan dan pengalaman yang dimilikinya.

“Saya tidak mengatakan kita ketandusan pemimpin muda tetapi Dr Zambry mempunyai ketokohan tersendiri dan mampu meraih lebih ramai sokongan daripada generasi muda,” katanya.

Katanya M Perak juga dilihat mampu bersuara lantang untuk kepentingan pergerakan itu.

Raja Ahmad Zainuddin berkata saranan yang beliau buat itu mempunyai pelbagai asas yang kukuh termasuk berdasarkan pengalaman Zambry sendiri yang berpengalaman dalam pergerakan berkenaan.

sumber

TS KHALID PATUT LETAK JAWATAN-TPM

Seseorang Menteri Besar yang gagal mendapat sokongan majoriti dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) patut meletak jawatan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
 
Beliau berkata kegagalan mendapatkan sokongan majoriti membuktikan kredibiliti yang lemah Menteri Besar terbabit.

“Menteri Besar meletak jawatan kerana tak dapat sokongan majoriti di DUN,” katanya.

Menjawab satu soalan bahawa terlalu banyak “politicking” di Malaysia sehingga menyebabkan kepentingan rakyat terabai, Muhyiddin berkata ia berpunca daripada tindakan pembangkang.

“Kerajaan terpaksa respons, kalau tidak nanti orang kata kita tidak buat apa-apa,” katanya.

Selangor, yang mengadakan sidang khas DUN kelmarin, gagal mendapat sokongan majoriti dua pertiga untuk meminda Perkara 52 (1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri 1959.

Usul pindaan rang undang-undang, yang dibentangkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, bertujuan mengembalikan kuasa melantik tiga pegawai eksekutif Selangor iaitu SUK, Penasihat Undang-Undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri kepada Sultan Selangor dan Menteri Besar.

PERAK NEWS: HJ MUS AKAN DIBEBASKAN?

TENANG

Selasa, 25 Januari 2011

PERAK NEWS: GULA-GULA PRU

Kerajaan Perak akan memperkenalkan mata wang dinar emas dan dirham pada akhir bulan depan bertujuan mempelbagaikan bentuk simpanan kewangan rakyat.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, ICT, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi negeri Datuk Mohamad Zahir Khalid berkata Perak sedang bekerjasama dengan Kuwait Finance House (KFH) untuk memperkenalkan dinar emas dan dirham kerana institusi kewangan itu berpengalaman luas dalam aspek pengendalian mata wang berkenaan.

"Apa yang pasti mata wang (dinar emas dan dirham) diperkenalkan Perak amat jauh berbeza dengan mata wang yang diperkenalkan Kelantan sebelum ini. Perbezaan itu akan dijelaskan oleh Menteri Besar (Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir) nanti," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat bersama pihak pengurusan tertinggi KFH di sini hari Selasa.

Segala perincian, mekanisme serta bentuk mata wang berkenaan akan diumumkan pada pelancaran itu nanti, kata Mohamad Zahir.

Dinar emas dan dirham itu akan dikeluarkan Goldnet International Sdn Bhd, anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dengan kerjasama KFH (Malaysia) Sdn Bhd.

Pengerusi KFH Shaheen al Ghanem berharap hubungan yang terjalin termasuk dalam aspek nasihat kewangan serta sokongan dalam pengeluaran bantuan modal dengan kerajaan negeri dapat diteruskan pada masa depan.

"Kami juga sebenarnya dalam proses untuk melebarkan sayap perniagaan ke seluruh Malaysia dan sedang melihat kemungkinan mewujudkan cawangan di Ipoh pada masa terdekat kerana berpuas hati dengan inisiatif pembangunan yang ditunjukkan kerajaan negeri," katanya.

MERLIMAU: SAM TIDAK LAYAK BERTANDING DUN MERLIMAU-PEMUDA PAS?

Pemuda PAS hari ini dilaporkan oleh Bernama - mahu hak parti itu untuk bertanding dikekalkan dan dihormati rakan dalam Pakatan Rakyat.

"Berpegang kepada persetujuan sebelum ini, ia patutnya dikekalkan status quo kepada PAS. Saya harap pihak-pihak berkenaan menghormatinya,” kata Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi.

DANA RM 1 BILIION-PR BOHONG! BN DAH BUAT KE BELUM NI..?

Janji parti pembangkang untuk menubuhkan dana kurnia RM1 bilion jika menang pada pilihan raya negeri Sarawak, semata-mata untuk mengumpan penduduk negeri ini, kata Presiden SUPP, Tan Sri Dr George Chan.

Beliau berkata, janji itu mencerminkan kuranganya persefahaman pembangkang mengenai keperluan sebenar masyarakat pelbagai bangsa di Sarawak. 


"Di Sarawak, kita bantu rakyat bukan berdasarkan bangsa tetapi keperluan," katanya selepas menyerahkan sumbangan di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) "Gempur" dan bantuan Tahun Baru Cina Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada 182 penerima hari ini. 

Dr Chan, yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata kerajaan BN negeri telah lama menubuhkan Yayasan Sarawak dengan objektif untuk membantu meningkatkan mutu ekonomi dan pendidikan rakyat di negeri ini.

"Yayasan Sarawak adalah untuk semua. Siapa yang memerlukan lebih bantuan, kita akan berikan tanpa mengira latar belakang bangsa mereka," tambah beliau.

Dr Chan bimbang dengan pembangkang yang terdesak untuk mendapatkan undi dalam pilihan raya akan datang dengan janji-janji tanpa mengira keharmonian kehidupan yang dinikmati rakyat Sarawak daripada pelbagai latar belakang.

Beliau berkata, pembangkang pada jangka panjang, akan hanya menyebabkan pembahagian di kalangan rakyat negeri ini.
Selepas Konvensyen Agung Tahunan DAP Sarawak ke-15 semalam, Setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng memberitahu pemberita bahawa pakatan pembangkang merancang untuk menubuhkan dana itu.

Beliau berkata, dana itu untuk menangani "masalah rakyat yang dipinggirkan" dalam memperbaiki kebajikan ekonomi dan menaik taraf mutu pendidikan komuniti Dayak.

"Orang yang akan menguruskan dana itu tidak akan dilantik oleh kita. Biarlah komuniti Dayak memilih antara sesama mereka siapa yang sepatutnya mengendali dan menguruskan dana tersebut," tambahnya.

BN AKAN MENANG BESAR PRU 13

BN dijangka menang dalam pilihan raya umum (PRU) ke-13 dengan majoriti lebih besar, tetapi sukar untuk meramalkan sama ada ia majoriti mudah atau dua pertiga, kata presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek. 

Beliau berkata pengundi Malaysia diramal akan mengundi BN lagi setelah mencuba pembangkang pada 2008.

Ramalan ini berdasarkan perkembangan terbaru politik tanah air, kata Chua dalam syarahannya berjudul "Barisan Nasional dan Pilihan Raya Umum ke-13 di Malaysia" pada siri Kuliah Unggul S.Rajaratnam School of International Studies (RSIS) di Singapura, semalam.

Chua berkata pengundi Malaysia kini lebih bijak dalam membuat pilihan. Selepas mencuba 'Pakatan' atau gabungan pembangkang pada 2008, ramai memilih mempertaruhkan Barisan dalam suasana politik yang jelas kini. 


sini 

SIDANG DUN:BODOH DAN BUANG MASA?

Bodoh dan membuang masa...itu antara keluhan beberapa wartawan selepas Tan Sri Khalid Ibrahim selesai buat sidang media di luar Dewan Undangan Negeri Selangor kira-kira jam 4.45 petang Isnin.
Memang patut mereka merasa begitu.Cukup pelik kerana dalam sidang media itu Menteri Besar itu mengakui kerajaan Selangor gagal meminda Undang-Undang Tubuh Negeri kerana tidak dapat sokongan majoriti dua pertiga daripada keseluruhan 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).
Sedangkan ketika itu, perbahasan untuk meminda undang-undang tubuh Selangor masih sedang berlangsung dalam dewan dimana beberapa Adun pakatan pembangkang dan Barisan Nasional masih berhujah mengenainya.

Pengundian secara belah bahagi hanya dijalankan dalam dewan pada jam 6.25 petang – dimana pihak Pakatan Pembangkang dapat 34 undi manakala Barisan Nasional 20 undi.

Apapun pindaan itu tidak dapat diluluskan kerana ia memerlukan dua pertiga Adun menyokongnya.Kalau nak kira waktu itu barulah rasmi ditolak.
Soalnya kalau tahu awal-awal lagi tidak boleh menang atau pinda undang-undang tersebut kenapa nak buat juga Sidang Khas Dewan Undangan Negeri (DUN) sehari suntuk yang bermula sejak jam 10 pagi ?
Membuang masa dan membodohkan orang saja, rungut seorang wartawan dari Kuala Lumpur tetapi pernah bertugas di Selangor satu ketika dahulu.
Justru itu, memang benar kata Ketua Pembangkang BN, Datuk Satim Diman bahawa sidang khas itu hanya retorik dan hipokrit kerajaan PKR Selangor sahaja.
Satim mendakwa Menteri Besar Selangor itu mempunyai niat buruk dengan enggan mengiktiraf Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang sah berkuat kuasa 1 Januari lalu.
Kerana itu kerajaan Selangor sengaja mencadangkan pindaan tersebut kerana membantah Khusrin yang dilantik Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dengan alasannya ia tidak dirujuk kepada Menteri Besar.
Satim berkata pindaan itu bermotifkan politik dan bukti sikap hipokrit serta ketidakikhlasan kerajaan Selangor.
Katanya, BN semasa memerintah Selangor sebelum ini, tidak pernah mengetepikan dan membelakangkan Sultan Selangor.
Beliau berkata Menteri Besar sedar pindaan itu tidak akan diluluskan kerana tidak akan mendapat sokongan dua pertiga daripada anggota dewan tetapi masih mahu membentangkan pindaan itu.
Satim yang juga Adun Sri Serdang membidas kerajaan Selangor yang mendakwa ingin mengembalikan kuasa Sultan dalam pindaan itu sedangkan ia tidak memberikan kuasa penuh kepada baginda dalam pelantikan SUK.
Mengikut pindaan itu, katanya, peranan Sultan hanya disebut sebagai “hendaklah bertindak mengikut nasihat Menteri Besar.”
Itu kata Satim tetapi ada pula pihak pihak melihat kegagalan pindaan tersebut membuktikan Khalid gagal sebagai Menteri Besar apatah lagi untuk memahami prosedur pelantikan berkenaan.
Ini yang buat timbul soksek yang berlegar dakwa ada pemimpin pakatan pembangkang yang gembira dan ketawa besar kerana anggap Khalid memang tidak cerdik menangani isu pelantikan Khusrin.
Puak-puak ini dikatakan cuba kaitkan Timbalan Presiden PKR yang juga Adun Bukit Antarabangsa, Mohd Azmin Ali.

Maklumlah, sebelum ini ramai tahu Azmin dan Khalid memang tak ngam sehingga Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggantikan Azmin sebagai Pengerusi PKR Selangor yang disandang Khalid dulu.
Lagipun, tengok senarai Adun PR yang bangun berbahas, rata-rata adalah geng Azmin.
Antara yang membahaskan usul itu ada Adun Batu Caves Amirudin Shari, Adun Ulu Klang Shaari Sungib, Adun Sri Muda,Shuhaimi Shafiei
Mereka mendakwa sekalipun dalam perbahasan Azmin dan Adun PR memuji Khalid melambung-lambung tetapi ianya tak lebih dari ‘ wayang’ saja.
Seronoknya dicelah-celah ini ada sumber-sumber di sebelah pihak Khalid dikatakan mendakwa bos mereka berjaya besar dari segi politik kerana dapat satukan ADUN pakatan pembangkang sokong usahanya.

Ini kata mereka satu point besar untuk gambarkan jangan sesiapa ganggu gugat kedudukannya sebagai Menteri Besar.

Melihat senario sidang DUN yang hebat digembar gembur ini ada pemerhati politik menilainya tidak lebih dari usaha untuk mencanang kepada dunia kononya Pakatan Pembangkanglah juara nak perjuangkan institusi raja.

Lain dari itu habuk pun tarak.

Khushrin cuma dijadikan modal untuk mereka melakarkan satu sandiwara ‘masuk angin keluar asap’.

UMNO MENGGUNAKAN MAHKAMAH SEKALI LAGI


Badrul Hisham memfailkan saman pemula menerusi peguam Datuk Hafarizam Harun di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di Shah Alam, pada pukul 3.15 petang Isnin bagi mendapatkan deklarasi bahawa beliau masih ADUN yang sah dan berhak untuk menghadiri segala sidang yang berkaitan dengan tugasnya.

Macam biasa..dah memang dah diajar UMNO, macam mana berlakunya di Perak apabila 3 ADUN yang melompat ke Mahkamah untuk menghalang Speaker mengosongkan DUN.

PERAK NEWS: KABINET PKR PERAK

PENGERUSI: DR MOHD NUR MANUTY
TIMBALAN: YB Dr LEE BOON CHYE
NAIB-NAIB: YB CHANG LIH KANG(KC IPOH TIMUR). BALDIP SINGH(TKC KAMPAR) , MADHI HASSAN(KC BAGAN DATOH)
SETIAUSAHA MPN: ANUAR ZAKARIA@NUAR Z(GOPENG)
KETUA PENERANGAN: ZULKIFLI IBRAHIM( KC TAMBUN) 
PENGARAH LATIHAN: HJ MOHAMMAD HASYIM(KC T.INTAN)
PENGARAH STRATEGI:YB YUNUS JAMHARI(KC P.BUNTAR)




Katanya kompromi..memang kompromi betoi laaaa....

Isnin, 24 Januari 2011

SPEAKER TIADA KUASA..KATA SPR

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempertahankan Perlembagaan Persekutuan memberi mandat kepada badan pengendali pilihan raya itu untuk menentukan kekosongan sesebuah kerusi.


Justeru kata Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar, dalam hal tersebut perlembagaan negeri tidak seharusnya bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Pada akhirnya, Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi (negara),” kata Wan Ahmad kepada The Malaysian Insider.

“Jadi, perlembagaan negeri tidak seharusnya bercanggah dengan semangat Perlembagaan Persekutuan,” tambah beliau.

Wan Ahmad berkata Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada SPR untuk mengisytiharkan kekosongan sementara yang disebabkan oleh faktor kematian, muflis, letak jawatan ataupun kehilangan kerusi di bawah undang-undang.

Peruntukan itu digariskan di bawah Artikel 54(1) Perlembagaan Persekutuan.
Bagaimanapun menurut Wan Ahmad, SPR akan mengkaji perlembagaan negeri Selangor dan Perlembagaan Persekutuan sebelum memutuskan status kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang dan sama ada perlu dipanggil pilihan raya kecil.

“Jika kekosongan didapati wujud, kami akan menentukan tarikh pilihan raya kecil,” jelas Wan Ahmad lagi.
Sebelum ini, Mahkamah Persekutuan memutuskan SPR adalah badan yang memutuskan sesebuah kerusi itu kosong ekorann krisis perlembagaan negeri Perak pada 2009.

Bagaimanapun, penghakiman itu tidak diguna pakai membabitkan kedudukan di Johor, Negeri Sembilan, Selangor dan Terengganu memandangkan perlembagaan mereka memperuntukkan bahawa kekosongan biasa hendaklah diisi dalam masa 60 hari dari tarikh ia diumumkan kosong.

Jumaat lalu, Speaker Selangor Datuk Teng Chang Khim berkata SPR boleh dianggap sebagai menghina Dewan dan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor jika tidak mahu memanggil pilihan raya kecil.
Wan Ahmad mengetepikan kenyataan Teng itu.

“Itu hak beliau untuk kata,” kata Wan Ahmad.

“Jika wakil rakyat terbabit (Badrul) membawanya ke mahkamah, kami menyerahkan kepada mahkamah,” katanya.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof pula berkata pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan penasihat undang-undang untuk menentukan status kerusi DUN Pelabuhan Klang.

“Kami akan mengadakan mesyuarat dan merujuk kepada pakar-pakar perundangan,” kata Abdul Aziz kepada The Malaysian Insider.

Sabtu, 22 Januari 2011

PEMBANGKANG HANYA PANDAI PACAK BENDERA?

Parti-parti pembangkang disifatkan sebagai golongan yang hanya pandai 'pacak bendera' dan menabur janji-janji kosong tentang pembangunan negara, kata Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal.


Sebaliknya, beliau berkata BN telah berjaya menunaikan janjinya kepada rakyat dengan membawa pembangunan kepada setiap pelosok negara ini.

"Pembangkang ini hanya pandai pacak bendera sahaja, tetapi kita BN telah berjaya 'pacak' pokok-pokok getah, kelapa sawit, rumah dan pelbagai kemudahan lagi sebagai usaha untuk membangunkan negara ini," katanya pada majlis ramah mesra dengan penduduk Orang Asli Kampung Ulu Juaseh.

JEJENTIK DAN NYAMUK

ini jejentik
 yang ini nyamuk

anwar


Khamis, 20 Januari 2011

SEHINGGA JAM 8 MALAM-BELUM LAGI

ADUN Merlimau, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan kini berada dalam keadaan kritikal dan menerima rawatan di Hospital Pakar Putra, Melaka.


Laporan berita sebelum ini bahawa ADUN berkenaan meninggal kira-kira pukul 2 petang tadi adalah tidak benar.

PERAK NEWS: ELAUN KAFA AKAN DIHENTIKAN?

Kerajaan Negeri tidak berhasrat menghentikan elaun tambahan kepada guru Kelas Agama dan Fardu Ain (Kafa) sebanyak RM200 sekali gus menafikan khabar angin kononnya elaun itu akan dihentikan.

Zambry Abd Kadir berkata, pemberian itu akan diteruskan bagi menghargai jasa dan sumbangan guru-guru Kafa itu.

Beliau berkata, seramai kira-kira 3,120 guru Kafa yang berkhidmat di Perak menikmati elaun berkenaan.

“Isu ini sengaja ditimbulkan oleh pihak yang bermain politik dan saya harap penjelasan ini akan memperbetulkan tanggapan salah yang dibangkitkan.

“Mereka mendakwa Kerajaan Negeri bersifat munafik dan zalim sedangkan kita tidak pernah berniat menghentikan elaun itu,” katanya kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di Pejabat Penghulu Mukim Selinsing/Gunung Semanggol, semalam.

Zambry berkata demikian ketika mengulas dakwaan pihak tertentu kononnya Kerajaan Negeri bertindak menghentikan elaun berkenaan.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri membuat keputusan untuk terus berikan elaun itu berdasarkan kewajaran sumbangan mereka yang berkhidmat 15 jam seminggu.

Setiap guru Kafa di Perak menerima elaun sebanyak RM1,000 sebulan yang mana RM800 diterima daripada Persekutuan dan RM200 lagi disumbangkan Kerajaan Negeri.

Rabu, 19 Januari 2011

KORANG TENGOK SAJA KE..?

Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan kepada jawatankuasa disipilin parti itu berhubung tindakanterhadap Gobalakrishnan kerana hadir ke majlis pelancaran Parti KITA, pagi tadi.

Anwar berkata, beliau menyerahkan perkara itu kepada jawatankuasa disiplin parti yang menentukan bentuk tindakan berdasarkan tindakan terbaru Gobalakrishnan kerana hadir ke majlis pelancaran KITA yang diterajui bekas calon Timbalan Presiden PKR, Datuk Zaid Ibrahim.

I TAK GILA- I MASIH ADUN- I MASIH ADA ISTERI

ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah menegaskan beliau masih wakil rakyat yang sah kawasan tersebut mengikut undang-undang.

Beliau juga menolak pengumuman yang dibuat Speaker Selangor, Datuk Teng Chang Khim berhubung kekosongan kerusi yang dimenanginya itu pada pilihan raya umum 2008 atas tiket PKR.

Tegasnya, kenyataan Teng bahawa beliau tidak hadir sidang DUN Selangor selama lebih setengah tahun adalah tidak benar.

"Saya masih ADUN Pelabuhan Klang yang sah.

"Tak benar kalau beliau kata saya tidak hadir sidang DUN selama enam bulan...tak benar sama sekali," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengumuman Speaker Selangor berhubung kekosongan kerusi Pelabuhan Klang.

Mengikut Artikel 69 perlembagaan Selangor, mana-mana ADUN yang tidak hadir ke sidang DUN bagi tempoh enam bulan akan menyaksikan kerusinya diisytiharkan kosong oleh speaker.

Ditanya sama ada beliau pernah tidak hadir pada mana-mana sidang DUN sebelum ini, beliau berkata: "Waktu saya masih ADUN Bebas saya ada hadir dan waktu saya sudah menyertai Umno juga saya hadir.

"Cuma saya pernah menghantar surat cuti kepada speaker sewaktu persidangan bajet bertarikh 8 hingga 16 November atas masalah kesihatan, katanya.

Diminta mengulas mengenai tindakannya selepas ini sama ada mahu mencabar keputusan Speaker Selangor, Badrul Hisham berkata beliau akan berbincang mengenainya dengan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor untuk tindakan lanjut.

Badrul Hisham meninggalkan PKR pada Oktober 2009 dan memilih menjadi ADUN Bebas yang mesra BN tetapi kemudiannya menyertai Umno pada Mei tahun lalu.

SPR AKAN CABAR DI MAHKAMAH

SPR mungkin akan cabar keputusan Speaker DUN Selangor  yang mengosongkan kerusi Pelabuhan Klang di Mahkamah..biasa la tu...SPR yang akan merayu..bukan si Badrul...kita saksikan drama SPR.

GOBALA, DATUK SALAHUDDIN, M KAYVEAS SERTAI KITA

Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) yang diterajui Datuk Zaid Ibrahim dirasmikan pagi ini dengan dibarisi nama-nama terkenal daripada pelbagai parti.

Antara mereka termasuk MP Padang Serai dari PKR, N Gobalakrishnan dan presiden PPP Datuk M Kayveas. 


Selain itu perwakilan daripada Snap dan bekas pemimpin PKR yang lain termasuk bekas setiausahanya, Datuk Salahuddin Hashim dan bekas timbalan setiausahanya yang dipecat P Jenapala juga hadir. sini

Selasa, 18 Januari 2011

IRAN IKTIRAF UMNO PARTI ISLAM?

Umno bukan sahaja parti politik yang memperjuangkan cita-cita kebangsaan Melayu, malah diakui sebagai sebuah parti yang konsisten dalam memartabatkan agama Islam, kata Duta Besar Iran ke Malaysia, Profesor Dr Mohammed Mehdi Zahedi.

"Umno adalah parti Islam yang mempunyai kesinambungan kepimpinan dengan struktur yang jelas dan mampu mewujudkan suasana yang harmoni, bukan hanya di kalangan anggota beragama Islam, tetapi juga masyarakat keseluruhannya," beliau berkata semasa melakukan kunjungan hormat ke atas Setiausaha Agung parti itu, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di Ibu Pejabat Umno hari ini.

Pada pertemuan tersebut, Tengku Adnan menjelaskan kepada duta berkenaan tentang perjuangan Umno untuk agama seperti yang termaktub dalam Fasal 3.3 Perlembagaan parti serta isu semasa membabitkan agama.

"Umno menghormati agama-agama lain dan masyarakat di Malaysia bebas untuk mengamalkan kepercayaan masing-masing, tetapi apa yang sangat ditekankan dalam konteks Islam ialah pengukuhan akidah agar tidak berlaku pemesongan," katanya.

Dalam pertemuan lebih sejam itu, Tengku Adnan juga menerangkan pemimpin Umno tidak bertolak ansur dalam soal akidah Islam, namun pada masa yang sama, percaya persefahaman dan kerjasama antara masyarakat majmuk mampu membentuk kesatuan dalam kepelbagaian.

Tengku Adnan turut menghuraikan sejarah penubuhan Umno pada 1946 dan perjuangannya dalam menuntut kemerdekaan, serta latar belakang yang membawa kepada penubuhan parti PAS oleh bekas anggota Umno pada 1955.

Dalam kunjungan ini, Dr Mohammed Mehdi turut menyampaikan jemputan rasmi kepada Umno untuk bekerjasama dengan anggota Parlimen dan ulama Iran dalam rangka bertukar-tukar fikiran serta berkongsi pengalaman.

Isnin, 17 Januari 2011

PERAK NEWS:DR MIOR KETUA AMK NEGERI PERAK YANG BARU

Dr Mior (Ketua AMK Cabang Padang Rengas) dilantik sebagai Ketua AMK PKR Negeri Perak yang baru.Pengumuman rasmi akan dibuat jumaat ini.

Khamis, 13 Januari 2011

ADUN MERLIMAU KENA SERANGAN JANTUNG..

ADUN Merlimau, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan dimasukkan ke Hospital Putra di Melaka hari ini selepas mengalami serangan jantung.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian negeri kini ditempatkan Unit Rawatan Kardiologi (CCU) bagi rawatan lanjut.

Pemandu peribadinya, Hassan Rahim berkata, Mohamad Hidhir mengadu sakit dada ketika berada di Japerun Merlimau kira-kira pukul 1 petang ini.

“Sebaik beliau mengadu sakit dada, saya terus membawanya ke Hospital Putra untuk membuat rawatan tetapi doktor terpaksa menahannya untuk rawatan lanjut,'' katanya.

Katanya, beliau sering mengadu sakit dada sejak pulang dari Taiwan baru-baru ini.

Sementara itu menurut jurucakap Hospital Putra, keadaan Mohamad Hidhir dilaporkan stabil sejak dimasukkan ke ICU petang tadi.

YB SAIFUDDIN PULA MENGAMBIL TEMPAT

Gelanggang cabar-mencabar memperlihatkan kehangatan dengan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail pula mengajak Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin agar berdebat dengan beliau.


Saifuddin berkata Ahli Parlimen Rembau itu sepatutnya berdebat dengan beliau, bukannya Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memandangkan kedua-dua mereka merupakan pemimpin barisan kedua dalam parti masing-masing.

“Memandangkan Datuk Seri Najib Razak tidak bersedia, maka pemimpin barisan kedua boleh teruskan. Khairy harus menghantar surat jemputan kepada setiausaha agung, bukannya Anwar.

“Saya bersedia untuk debat dan Khairy, selaku graduan Oxford, tidak sepatutnya ada masalah,” kata Ahli Parlimen Machang ini kepada The Malaysian Insider.

AKHIRNYA KJ SERAH SURAT PINANG ANWAR IBRAHIM

Pemuda Umno hari ini telah menyerahkan surat rasmi mempelawa Anwar Ibrahim untuk berdebat berhubung isu ekonomi yang membabitkan manifesto 100 Hari Pakatan Rakyat sekiranya berjaya merampas Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.


Surat tersebut diserahkan melalui Penolong Setiausaha Pemuda Umno Datuk Megat Firdouz Megat Junid dan Ketua Penerangan Pemuda Umno Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican di ibu pejabat PKR tadi.

Dalam surat itu, Ketua Pemuda Umno (KJ) menawarkan diri untuk berdebat secara terbuka dengan Anwar yang juga Ketua Umum PKR khusus kepada isu “Kaedah Mengendalikan Ekonomi Negara”.

“Kita telah hantar surat rasmi berdebat dengan YB Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk jelaskan program 100 hari Pakatan Rakyat yang telah diwar-warkan sebelum ini,” katanya.

“Saya dan Datuk Seri Reezal berbesa hati apabila dibenarkan naik untuk menghantar surat tersebut yang sebelum ini hanya dimaklumkan melalui media, Twitter... jadi hari ini YB Khairy secara rasmi mempelawa Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bersama-sama berdebat untuk topik itu,” kata Megat Firdouz kepada pemberita selepas menyerahkan surat pelawaan itu.

Beliau berkata Anwar perlu menerima pelawaan tersebut untuk menjelaskan maksud sebenar Program 100 Hari Pakatan Rakyat yang begitu hangat diperkatakan dalam barisan kepimpinan tiga parti komponen itu termasuk PAS dan DAP.

“Kita mahu memberi ruang dan peluang kepada rakyat untuk menilai apa yang mereka selama ini perkatakan 100 hari ekonomi.

“Respons kakitangan itu adalah akan sampaikan surat itu kepada Datuk Seri Anwar, terpulang kepada beliau untuk terima atau tidak,” katanya.

Beliau berkata pihaknya berharap sangat atas nama demokrasi untuk tahu rancangan mereka sebenar, “terimalah pelawaan, sahutlah pelawaan kami” untuk sama-sama berdebat dan dengar apa yang mereka hendak menjamukan kepada rakyat seperti mana yang mereka katakan dalam tempoh 100 hari jika memerintah.

Megat Firdouz berkata pihaknya menantikan jawapan segera daripada Anwar supaya debat tersebut boleh ditetapkan.

“Tarikh, tempat semua kita akan bincang kemudian... yang penting adalah persetujuan. Kalau Datuk Seri Anwar bersetuju saya dan Reezal akan berbincang dengan pentadbiran untuk menentukan tarikh dan tempat.
“Kami minta jawapan secepat yang mungkin.

“Itu terpulang kepada mereka untuk turunkan siapa, kami hanya mahu dengar dan berdebat tentang apa yang mereka mahu katakan,” katanya. 

baca sini

MALU LA SIKIT KHIR..CAKAP JE ISTANA GANTUNG!

Pirahhhhhhhhhhhhh....penipu..bukan rela hati...
tapi dipaksa serah..hahahaha!

PERAK NEWS: BERANI KE ZAMBRY PECAT KETUA KG UMNO..? LAWAKKKK

Ketua kampung yang gagal menjalankan amanah tanggungjawab diberikan sehingga mereka tidak disenangi penduduk, disarankan supaya berhenti secara sukarela.

:Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, adalah tidak wajar ketua kampung berkenaan meneruskan tugas itu kalau menjadi beban kepada kerajaan negeri.


Katanya, sebagai pemimpin akar umbi yang dipilih dan dilantik kerajaan, mereka seharusnya menjalankan tugas dengan baik serta berkesan bagi menyelesaikan masalah rakyat.

“Jika ada ketua kampung yang tidak disukai oleh sebahagian kecil penduduk disebabkan masalah politik dan dalaman itu perkara biasa, tetapi kalau dibenci oleh satu kampung, itu suatu yang tidak boleh diterima.

“Kalau berlaku, tidak wajar bagi ketua kampung itu meneruskan tugasnya lagi dan mereka perlu berhenti secara sukarela,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan watikah pelantikan kepada 818 ketua kampung dari 11 daerah bagi penggal 2011/2012 di Bangunan Darul Ridzuan di sini, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Luar Bandar, Pembasmian Kemiskinan dan Perladangan negeri, Datuk Saarani Mohamad dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Hashim.

Ketua kampung di negeri ini menerima elaun RM750 daripada Kerajaan Persekutuan, manakala tambahan RM200 dari kerajaan negeri.


Menurut Dr Zambry, ketua kampung perlu mempunyai sentuhan rakyat dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin setempat.


“Mereka perlu mempunyai sifat rajin dan mesra dalam menilai kasihan kepada rakyat. Ini semua berlatarbelakangkan pendekatan 3P yang dilaksanakan Kerajaan Negeri iaitu turun padang, perasaan (memahami permasalahan) dan penyelesaian.

“Kita telah beri Petunjuk Prestasi Utama (KPI) kepada mereka. Jika gagal atau tidak mampu memenuhi kriteria itu, saya mengesyorkan mereka tidak meneruskan tugas ini,” katanya.

Dr Zambry berkata, ketua kampung perlu proaktif dalam menyelesaikan masalah rakyat secara berhemah dan secepat mungkin.

“Saya minta semua ketua kampung membawa cop rasmi bersama mereka setiap masa kerana mungkin rakyat memerlukannya ketika bertemu di kedai kopi, pasar malam, masjid atau surau,” katanya.

MUSIM JUAL BELI BERMULA

Demam cabar-mencabar debat menyentuh dasar ekonomi PR dan BN mula memuncak dengan pemimpin parti komponen kedua-dua perikatan turun gelanggang untuk menghulurkan jemputan masing-masing.

Sehingga hari ini PAS, Umno dan PKR sudah pun berbuat demikian.

Perkembangan itu dilihat merancakkan lagi ‘deman’ spekulasi mengenai pilihan raya umum ke-13.

Bermula dengan cabaran Ketua Umum PR Datuk Seri Anwar Ibrahim kelmarin susulan kenyataan Datuk Seri Najib Razak mempertikaikan dasar itu, ketua Pemuda PKR mencabar rakan sejawatannya dari Umno agar berdebat dengan beliau, bukannya penasihat mereka.

Difahamkan jemputan kepada Khairy Jamaluddin telah dihantar oleh Ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin malam tadi.

“Saya mengikuti perkembangan mengenai cabaran debat Datuk Seri Anwar ke atas Perdana Menteri Datuk  Seri Najib mengenai isu isu ekonomi khusus mengenai Pelan 100 Hari Pakatan Rakyat vs Program Transformasi Ekonomi Kerajaan (ETP).

“Sangat mendukacitakan apabila Dato Sri Najib kelihatan berdolak dalih dalam cabaran ini, dengan mengandaikan debat ini sekadar ‘membuang masa’ beliau,” kata beliau dalam tulisan terbaru blognya malam tadi.

Kata Shamsul Iskandar, mungkin beliau kurang arif bahawa budaya debat polisi seumpama ini merupakan amalan puluhan tahun lampau yang diamalkan pemimpin negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom.

“Lebih mengejutkan apabila Khairy pula yang kelihatan begitu bernafsu untuk berdebat dengan Datuk Seri Anwar.

“Ini ternyata pelik kerana sudah puluhan cabaran debat yang dikeluarkan oleh Angkatan Muda Keadilan Malaysia kepada beliau tetapi tiada satupun yang bersahut,” katanya.

Shamsul Iskandar menambah, harus diingat bahawa berdasarkan beberapa prestasi Khairy dalam rancangan forum-forum sebelum ini, nyatanya beliau belum sampai ke tahap untuk berhadapan dengan tokoh seperti Anwar.

“Justeru, atas kapasiti Ketua Angkatan Muda PKR saya dengan ini secara rasmi menawarkan platform debat Pemuda satu lawan satu di antara saya dan Khairy, yang saya percaya lebih cocok dan sesuai dengan mengambil kira kapasiti kami selaku ketua sayap pemuda Umno dan PKR,” katanya lagi.

Kata beliau, surat pelawaan rasmi telah dikeluarkan kepada beliau.

“Dan, saya menyeru rakyat Malaysia mendoakan agar beliau tidak berdolak dalih untuk menyahut cabaran debat ini,” katanya lagi.

baca 

Rabu, 12 Januari 2011

NAJIB, RAIS, HISMUDDIN,NAZRI AZIZ, IGP, AG -ADA AGENDA PE NI?

Tiga menteri akan bermesyuarat dalam masa terdekat untuk membuat keputusan muktamad terhadap garis panduan berkaitan kenyataan dan perbuatan yang berbaur hasutan sebelum diumumkan untuk rujukan orang ramai.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, mesyuarat itu yang akan dipengerusikannya akan disertai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim selain Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia. 


Katanya, beberapa mesyuarat berhubung garis panduan itu telah diadakan sebelum ini bagi menyelaras beberapa tindakan dan pendekatan yang menyentuh isu-isu berbaur hasutan di bawah peranan dan fungsi agensi di bawah kementerian masing-masing.

"Perkara itu selanjutnya telah dibincangkan secara mendalam, dan sehubungan itu, saya ingin memaklumkan bahawa kini di peringkat pegawai-pegawai di ketiga-tiga kementerian pada dasarnya sepakat dan bersetuju dengan isi kandungan dan intipati garis panduan tersebut," katanya dalam satu kenyataan.

Draf garis panduan itu antara lain meliputi bahan yang bersifat hasutan, berita jelik, pornografi, berita palsu dan jenayah siber.


Katanya, enam akta sudah dikenal pasti untuk dijadikan garis panduan yang boleh dikenakan tindakan undang-undang iaitu Kanun Keseksaan, Akta Hasutan 1948, Akta Penapisan Filem 2001, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 dan Akta Keselamatan Dalam Negeri.


Hishammuddin berkata, semua pihak atau individu tidak seharusnya menggunakan alasan kebebasan bersuara dalam konteks demokrasi ketika mengemukakan apa-apa pandangan serta pendapat tanpa langsung memikirkan kepentingan orang lain khususnya masyarakat berbilang kaum di negara ini.

 

"Kebebasan untuk bersuara dalam erti kata sebenarnya turut mempunyai had dan batas yang perlu dipatuhi. Jika mereka melangkaui had dan batas ini, maka undang-undang akan mengambil tempat bagi melindungi rakyat dan negara," katanya.

Beliau mengingatkan individu yang mempunyai kepentingan tertentu supaya menyedari bahawa kerajaan tidak akan sesekali berkompromi terutama dalam soal yang berhubung kait dengan keselamatan rakyat dan negara.

YB SHUHAIMI MOHON MENGHADAP SULTAN SELANGOR

Adun Sri Muda Shuhaimi Shafiei sedang merangka surat untuk memohon menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi menjelaskan secara terperinci mengenai tulisan dalam blognya yang didakwa menghina baginda.

Shuhaimi berkata surat tersebut akan diserahkan dalam tempoh terdekat bagi mendapat perkenan Sultan Selangor bagi menjelaskan tulisannya.

“Berikutan kenyataan itu, saya sedang buat draf surat untuk diserahkan kepada Sultan Selangor bagi menjelaskan maksud sebenar tulisan saya.

“Saya masih lagi membuat draf ... nak tulis surat kepada Sultan kena tulis elok-elok. Nanti salah pula,” katanya selepas memberikan keterangan di Ibu pejabat polis daerah Shah Alam di sini berhubung tulisan dalam blognya yang didakwa menghina Sultan Selangor Sultan menyentuh isu pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru.

Sebanyak 25 laporan polis telah dibuat terhadap Shuhaimi berhubung isu itu.

BOLEH NAK TENGOK-TENGOK PULAK

BN Selangor mencabar kerajaan negeri menyerahkan kepadanya draf  pindaan undang-undang tubuh negeri yang mahu dibahaskan dalam sidang DUN pada 24 Januari ini.

"Kita nak tengok draf  pindaan dulu. Kalau berani berilah draf itu kepada kami," kata ketua pembangkang DUN Selangor, YB Satim Diman

"Lepas itu baru kita buat keputusan nak pergi atau tidak," katanya lagi.

DUN Selangor akan bersidang pada tarikh tersebut untuk meminda undang-undang Tubuh Negeri Selangor bagi mengembalikan kepada negeri dan sultan, kuasa melantik setiausaha kerajaan negeri, pegawai kewangan dan penasihat undang-undang.

Isu berkenaan tercetus ekoran bantahan kerajaan Selangor terhadap pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan negeri yang baru.

Speaker DUN S'gor hari ini, Datuk Teng Chang Khim telah mengarahkan setiausaha DUN supaya memaklumkan perkara itu kepada semua ADUN Selangor.

DUN Selangor mempunyai 56 kerusi di mana Pakatan Rakyat mempunyai 35 kerusi dan BN pula mewakili 21 kerusi.

Kerajaan negeri memerlukan 37 daripada 56 kerusi itu untuk mendapatkan undi majoriti dua pertiga bagi meluluskan cadangan pindaan tersebut.

ADUN Pakatan terdiri daripada 14 dari PKR, 13 (DAP) dan 8 (PAS). BN pula mempunyai 21 ADUN - 19 Umno dan dua dari MCA. DUN Selangor juga mempunyai seorang ADUN Bebas.

Satim yang juga ADUN Seri Serdang berkata, BN akan mengadakan mesyuarat khas untuk mendapatkan pandangan daripada ADUN BN berhubung perkara itu.

Mengulas mengenai cadangan pindaan itu, beliau berkata: "Apa yang ada sekarang sudah sudah elok...sejak tahun 1959 sampai sekarang tak ada masalah.

"Jadi kita mendapat kebaikan yang betul-betul daripada cadangan pindaan itu. Jadi keburukannya lebih daripada kebaikan," tambah Satim yang ketua Umno bahagian Puchong.

Sementara itu, ketua penerangan BN Selangor Abdul Shukor Idrus pula berkata undang-undang sedia ada sememangnya merupakan peruntukan terbaik dalam memelihara kuasa sultan berhubung isu tersebut.

Beliau yang juga ADUN Kuang berkata, pelantikan Mohd Khusrin sebagai SUK sememangnya dibuat dengan restu Sultan Selangor

"Jadi kita perlu tengok apakah yang dia hendak buat ini lebih baik daripada sedia ada," katanya ketika dihubungi 

 
sumber.

PERAK NEWS: DATUK HASIM NAFI KENYATAAN MP SG SIPUT

Pegawai Kemajuan Negeri, Datuk Hasim Hasan menyifatkan isu berhubung salah guna wang rakyat berjumlah RM1.72 juta yang ditimbulkan Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Jeyakumar baru-baru ini, tidak berasas.

Menurutnya, dakwaan ada penyelewengan daripada pihak Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri (ICU) di kawasan Sungai Siput, tidak pernah timbul malahan peruntukan itu sudah diserahkan kepada Parlimen berkenaan untuk tujuan pembangunan.


Antara pembangunan yang menggunakan wang itu termasuklah pembinaan Masjid Ghufraniah bernilai RM1.1 juta dan sumbangan kepada golongan miskin sebanyak RM300,000 sempena perayaan Tahun Baru Cina.

Hasim berkata, isu yang dibangkitkan Jeyakumar bahawa wang peruntukan tidak sampai kepada ketiga-tiga penerima iaitu Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Sing Chung, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Methodist dan Asrama Anak-Anak Ayatim Nurul Ihsan adalah tidak benar.

“SMJK Sing Chung sudah menerima peruntukan sebanyak RM1,500 pada 4 November 2010 manakala SMK Methodist pula sudah mengambil cek peruntukan dengan nilai yang sama pada 16 Disember lalu.

“Bagi Asrama Anak-Anak Yatim Nurul Ihsan, mereka sudah menerima cek berjumlah RM500 pada 17 Ogos 2010,” katanya pada sidang media di Bangunan Perak Darul Ridzuan, semalam.

Hasim menegaskan wang untuk menjalankan pembangunan di Parlimen Sungai Siput tidak disalurkan kepada Ahli Parlimennya.

“Kami mempunyai bukti serta dokumen yang cukup untuk menafikan dakwaan Ahli Parlimen Sungai Siput itu,” katanya.

Kelmarin, Jeyakumar berkata demikian ketika membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh terhadap bekas Pegawai Kemajuan Negeri, Datuk Zainal Abidin Omar selain mendakwa wujud penyelewengan dalam mengendalikan wang rakyat.

INI YANG UMNO TUNGGU SEBENARNYA...? YB SHUHAIMI KOSONGKAN KERUSI DUN..?


Kalau takut dilambung ombak...jangan berumah di tepi pantai...isu Shuhaimi derhaka memang dimainkan UMNO untuk melemahkan Kerajaan PR Selangor..Strategi APCO..? kalau tidak mengapa Kerajaan bayar berjuta-juta pada APCO ? inilah kerja APCO..

Selasa, 11 Januari 2011

SEBELUM CABAR NAJIB, LAWAN AKU DULU-NAZRI BODEK


Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim berdebat dengannya mengenai Apco Worldwide sebelum membuat cabaran berdebat dengan Najib.

Nazri berkata demikian bagi mengulas kenyataan Anwar, yang mencabar Najib Razak berdebat mengenai “Pelan 100 Hari” Pakatan Rakyat berikutan kenyataan Najib yang membidas pelan itu sebagai bersifat populis dan tidak bertanggungjawab kerana tidak disertakan dengan punca kewangan bagi melaksanakannya.

“Jangan jadi pengecut. Suruh dia jawab isu Apco dulu dan debat dengan saya dulu,” kata Nazri dalam sms kepada Bernama.

Anwar sebelum ini mendakwa mempunyai dokumen bahawa Apco Worldwide, sebuah syarikat perhubungan awam antarabangsa mempunyai kaitan dengan penubuhan gagasan 1 Malaysia dan kempen ‘One Israel’, walaupun kerajaan mendedahkan dokumen yang menafikan dakwaannya tersebut.

Berikutan kegagalan Anwar untuk mengemukakan bukti mengenai dakwaannya di persidangan Dewan Rakyat pada penggal yang lepas, beliau telah digantung daripada menghadiri persidangan itu untuk enam bulan selepas Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen mendapati beliau berbohong.



Sementara itu, Menteri Penerangan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata tindakan Anwar mencabar PM hanyalah gimik lama dan hanya mahukan publisiti.

“Saya tidak fikir PM akan jatuh dalam perangkap ini. Anwar dalam keadaan tersepit akan mengambil apa sahaja peluang untuk menyanggah data dan informasi ataupun usaha Perdana Menteri dalam apa-apa hal.
  
“PM melahirkan hujah yang menyakinkan dalam apa yang dilaksanakannya dalam tempoh setahun lebih. Kita sudah yakin bahawa informasi itu boleh dipertahankan,” katanya selepas bertemu petugas Finas hari ini.

 Rais berkata semasa Anwar memegang jawatan Menteri Kewangan, lonjakan saham tidak pernah mencapai 1,500 mata, dan kini pendapatan orang kampung pun semakin meningkat dengan kenaikan harga getah sehingga RM12 sekilogram baru-baru ini.


Anggota Parlimen Bebas Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali pula berkata Najib  tidak perlu melayan kehendak Anwar kerana Anwar bukan seorang pakar ekonomi atau pakar kewangan, malah tidak ada pengalaman dan juga kelulusan.

“Tak perlu PM masuk perangkap politik Anwar. Anwar hanya berlagak pandai dan dia adalah pakar putar alam,” dakwanya.

Apa yang penting ialah Perdana Menteri dan kerajaan memberikan penerangan kepada rakyat mengenai apa jua rasa tidak puas hati yang tercetus, terutama kos sara hidup yang semakin meningkat, kata presiden Perkasa itu.sini