Pengikut

Khamis, 20 Januari 2011

PERAK NEWS: ELAUN KAFA AKAN DIHENTIKAN?

Kerajaan Negeri tidak berhasrat menghentikan elaun tambahan kepada guru Kelas Agama dan Fardu Ain (Kafa) sebanyak RM200 sekali gus menafikan khabar angin kononnya elaun itu akan dihentikan.

Zambry Abd Kadir berkata, pemberian itu akan diteruskan bagi menghargai jasa dan sumbangan guru-guru Kafa itu.

Beliau berkata, seramai kira-kira 3,120 guru Kafa yang berkhidmat di Perak menikmati elaun berkenaan.

“Isu ini sengaja ditimbulkan oleh pihak yang bermain politik dan saya harap penjelasan ini akan memperbetulkan tanggapan salah yang dibangkitkan.

“Mereka mendakwa Kerajaan Negeri bersifat munafik dan zalim sedangkan kita tidak pernah berniat menghentikan elaun itu,” katanya kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di Pejabat Penghulu Mukim Selinsing/Gunung Semanggol, semalam.

Zambry berkata demikian ketika mengulas dakwaan pihak tertentu kononnya Kerajaan Negeri bertindak menghentikan elaun berkenaan.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri membuat keputusan untuk terus berikan elaun itu berdasarkan kewajaran sumbangan mereka yang berkhidmat 15 jam seminggu.

Setiap guru Kafa di Perak menerima elaun sebanyak RM1,000 sebulan yang mana RM800 diterima daripada Persekutuan dan RM200 lagi disumbangkan Kerajaan Negeri.

1 ulasan:

  1. mmmm...penipu jer kerajaan perak nie...kata kerajaan negeri akan tetap memberi elaun guru kafa 200 tue...ceh penipu,baru2 nie ada guru2 kafa yg bgtau tau,depa cek kt bank x sampai 800 pn..x caya pegi tanya kpd guru2 kafa...malah ada yg lbh kurang dari elaun yg dpt dulu...ckup2 la nk menipu!!!klu xde duit ckp trus trang xde duit,duit dah abis perabih kt len..x payahla nk memperbodoh2kn guru2 agama...n xyah bt guru agama seolah pengemis or pemintak sedekah!!

    BalasPadam